Thursday 30 June 2011

BERSIH Haram.. KOTOR Halal?

 Assalamualaikum

Kali ini Tamar bawakan artikel yang dicetak dari blog Solihin Zubir.

 Dulu Fobia Hijau.. Sekarang Fobia Kuning?

Umum mengetahui yang sekarang ini fenomena 'demam kuning' sedang melanda Malaysia. Jika dulu, mereka fobia dengan warna hijau. Sehinggakan apa saja yang berwarna hijau, telah dinyahhijaukan. Sekarang ini mereka fobia dengan warna kuning pula. Sehingga keluar 'fatwa' bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai 2011 nanti. Kah Kah Kah...

Sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH, akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam. Kelmarin, keluar berita seorang pemuda telah dihalau oleh seorang AJK masjid dengan angkuhnya daripada menunaikan solat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju kuning BERSIH [klik sini!] Alahai.. Sampai macam tu sekali?





Pakai baju BERSIH pun salah? Agaknya mereka ini suka pakai baju KOTOR. Lepas ni, semua murid-murid dikehendaki memakai baju KOTOR ke sekolah. Nak masuk masjid pun kena pakai baju KOTOR. Kalau tak, kena halau dan dihumban ke lokap. Nak buat macam mana kan. Kalau otak dah KOTOR, memang tak dapat terima benda-benda BERSIH ni. Orang PENGOTOR memang tak sukakan KEBERSIHAN. Heheh..

Fobia dengan warna kuning? Orang yang fobia dengan warna dan perkataan kuning, digelar XANTHOPHOBIA. Adakah anda tergolong antara spesies tersebut? Jika YA, sila buat memorandum agar Kerajaan memansuhkan apa sahaja yang berwarna kuning di Malaysia ni.

Selepas ini, lampu isyarat kuning akan ditukarkan kepada warna biru. Pili bomba juga tidak lagi berwarna kuning. Buku telefon, Yellow Pages akan ditukarnama menjadi Blue Pages mungkin. Nama penyakit demam kuning akan menjadi demam merah. Pokok-pokok pisang juga akan ditebang. Kasut Pua Chu Kang hanya akan dijual dengan warna hitam sahaja. Hasil penjualan ubat gigi juga dijangka meningkat mendadak kerana orang ramai bimbang ditangkap kerana gigi kuning. Nak buang air besar? Pastikan 'hasil'nya tidak berwarna kuning.



Kepada pengguna Digi, anda boleh mula berkira-kira untuk bertukar ke rangkaian lain seperti Celcom atau Maxis kerana dikhuatiri signal Digi hanya akan tinggal 1 bar atau zero. Sebab maskot Digi, Yellow Man kemungkinan besar akan di penjara dan dihukum gantung mandatori. Watak power rangers kuning, teletubbies kuning dan Spongebob juga akan diharamkan. Manakala watak Bumble Bee dalam cerita Tranformers yang baru menjengah pawagam juga akan di'censored'!



Begitulah betapa hebatnya fenomena kuning BERSIH yang sedang melanda Malaysia sekarang ini hingga menimbulkan rasa fobia teramat sangat bagi pihak yang berkenaan. Tetapi, kenapa semua itu dikatakan HARAM? Sedangkan aurat isteri dibiarkan terdedah, halal pula? Artis seksi-meksi, tidak pula dikutuk. Sedangkan selebriti yang berpewatakan muslimah pula dikecam teruk? Judi, arak, masih halal dijual?



TM: Apa pandangan anda ?

No comments:

Post a Comment