Sunday 5 June 2016

CBL 2016

Assalamualaikum...

lama tak bukak blog ni, penuh dengan sarang labah2..

Tamar xsempat lagi nak mengarang..
Mood xde, kena g beli mood dulu.. hahaha

park dulu satu gambar Tamar Muda.


Ni gambar Tamar kat puncak gunung Berembun, baru lagi ni.. 19-21 mei 2016..

Nanti bila dah ada mood mengarang, akan Tamar karangkan yg sepenuhnya..

Adios..

wasalam..

Friday 12 July 2013

7 Khasiat Tamar yang perlu anda tahu





Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

Thursday 27 June 2013

Sunday 9 June 2013

Moga Aku Tabah



Di mana akhirnya?
Begitu persoalan yang bermain di benak....
Mengapa aku masih menanti dan terus berharap?
Membiarkan perasaan ini dibelenggu kerinduan yang tiada hujungnya...
Membiarkan hati ini terus terluka...


Perlukah aku membiarkan segalanya sehingga menutup mata.???

Thursday 6 June 2013

Bersabar Dalam Mencari Jodoh





Jodoh itu ujian.
Untuk belum tibanya yang dinanti, bersabarlah.
Tuhan akan beri.
Yang terbaik adalah pasti.
Sabar.
Kuatkan hati.

Jodoh itu ujian.

Untuk jodoh yang telah tiba namun merabakkan jiwa, bersabarlah.

Akan ditemukan jua hikmah di sebalik dugaan yang memamah.
Tuhan akan beri bahagia yang dinanti.
Sabar.
Kuatkan hati.

Tidak akan teruji kita ini dengan sesuatu yang melebihi batas kemampuan.
Bersabarlah.


Kata pujangga dicuri dari Si Pencuri.