Wednesday 26 October 2011

Petua Makan Secara Sihat

Assalamualaikum...
Kali ini Tamar nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi petua2 untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. 

Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Di bawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.

1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.

2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersam roti bakar, lempeng dan biskut kraker.

3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.

5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit minyak sahaja.

6. Makan buah buahan segar setiap hari.

7. Jika anda manganbil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti pisang, epal oren dan betik kedalamnya.

8. Amalkan tabiat membawa buah buahan bila anak anak ke sekolah atau bila berjalan jauh dan berkelah.

9. Makan buah buahan segar sewaktu rehat.

10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh tumbuhan.

11. Banyakkan makan ikan.

12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikan daging.

13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.

14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.

15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus.

 Sila ikut petua2 di atas, jika tidak mahu jadi macam ni 

comel kan, klu jadi punchbag pon boleh jugak ni.. hahaha

Selamat mencuba!!

Wasalam...

Tuesday 18 October 2011

Aku belajar !!


-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...

-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku... 

-Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
 
-tetapi, sesuatu yg tak bisa aku pelajari yaitu:
 "harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain"... :(

p/s: Aku belajar untuk mengopy ayat2 di atas dan mempamerkan dalam belog ini.. hahaha
sekian sahaja... 
Wasalam...

Monday 17 October 2011

Aurat Saya Maruah Saya




ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..


1.
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
> Yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2.
Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok
> Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3.
Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
> Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.
Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa.
> Kita yakinkah, ibadat kita, puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5.
Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
> Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6.
Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
> Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.
Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
> Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8.
Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
> Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9.
Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
> Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10.
Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
> Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIB buat. 

 

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"Aurat Saya Maruah Saya"

SAMA2 KITA RENUNG2 KAN

Wasalam...

Sunday 9 October 2011

~ Nilai Kasih Ibu!~


Assalamualaikum...
Sekadar renungan bersama...


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai = rm 4.00
Tolong jaga adik = rm 4.00
Tolong buang sampah = rm 1.00
Tolong kemas bilik = rm 2.00
Tolong siram bunga = rm 3.00
Tolong sapu sampah = rm 3.00
Jumlah : = rm 17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu" . Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya. 




Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Wassalam. 

(Cerita ini dipetik dari suratkhabar Baca Ria)

Friday 7 October 2011

Jangan Ambil Mudah !!!

Assalamualaikum... 
Kali ni Tamar ingin Berkongsi..

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut

Thursday 6 October 2011

Penawar Hatiku..



Tangisan sanubari telah terhenti..
Kala suram suria memancar sinarnya..
Pertemuan seindah bayangan Firdausi..
Menjadi zikir kasih yang suci...
Lukisan dua jiwa menjadi satu..
Terkenang detik bertemunya kau dan aku..
Santun berhikmah mengingatkan diri..
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi...
Mengenggam janji cinta ini..
Bertemu kasih tanpa jasad..
Bicara tanpa suara..
Hanya tulisan bahasa indah..
Mengeratkan antara kita..
Hinggalah ke akhirnya...
Kau ku sanjung kerna pengorbanan..
Bagai puteri di kayangan..
Tika ku lesu hadapi hidup..
Kau hembuskan nafas semangat..

Penawar hati

Monday 3 October 2011

Dia Terbang Tepi Saya...

Assalamualaikum...
Pada entri kali ni Tamar cuma nk bgtau yg kami (Tamar dan Umi) kemalangan tengah hari tadi..
Kisahnya begini....