Thursday 2 June 2011

3 soalan utama di Mahsyar...


Assalamualaikum...
Apa kabar iman sahabat2 Tamar? harap2 semua dalam keadaan sihat sentiasa... 
Kali ni Tamar nak kongsi dengan sahabat2 tentang APA YANG AKAN DITANYA OLEH ALLAH KEPADA KITA DI PADANG MAHSYAR nanti...  Jom kita sama2 renungkan..



 1) tentang UMURmu bagaimana kita menghabiskannya???
  • sepanjang mana umur kita maka sepanjang tempoh itulah kita akan ditanya samada kita telah memanfaatkan umur kita atau kita banyak membazirkannya dengan perkara2 kurang manfaatnya.
  • berapa banyak amal kebajikan kita, ibadat kita atau maksiat kita lakukan.



    2) tentang HARTAmu ke mana kita sumbangkannya???
    • sebanyak mana harta yang kita kumpulkan maka sebanyak itulah nanti yang akan diperiksa dan dianalisis untuk mengetahui samada kita telah benar2 memanfaatkan harta kita pada jalanNYA atau kita hanya bazirkannya pada perkara2 kurang berfaedah.
    • banyak mana sumbangan harta kita kepada perjuangan Islam atau hanya pembaziran semata2..




      3) tentang ILMUmu sejauh mana kita amalkan dan sebarkannya???
      • ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.
      • jika kita hanya menyimpan ilmu tanpa ingin  untuk luaskannya maka tunggulahbalasan dariNYA kerana orang yang berilmu mempunyai pilihan samada nanti diaakan dimasukkan ke Neraka atau ke Syurga disebabkan oleh ilmunya.


      sekian sedikit renungan dari insan lemah lagi hina ini.....
      banyakkanlah peringatan(tazkirah) kerana manusia adalah spesis pelupa..
      wasalam...

      No comments:

      Post a Comment