Saturday 17 December 2011

Jangan Engkau Kahwini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Apa Khabar semua? Harap2 kalian sihat.. rase cam dah lama Tamar xde post baru kan.. Dah bersawang pon belog ni... kesian..
Kali ni Tamar nak kongsi sesuatu ngn kawan2.. untuk kebaikan kita semua..

(Khusus untuk Sahabat,Penting untuk Sahibah)



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Ingatan untuk semua...

Wasalam

Saturday 3 December 2011

Dia Datang Menyerah

>>Oleh: Tamar Muda
tamarmuda@yahoo.com

POHON BULUH: Suasana kelam kabut menyelubungi kawasan kampung ini apabila ada penduduk yang melihat satu objek hitam merangkak keluar dari sebuah semak (betol ke sebuah?). Objek yang mulanya disangkakan seekor biawak rupa-rupanya seekor kura-kura yang tersesat memasuki kampong. 


   Kura-kura yang seberat 2kg itu merangkak di halaman rumah Yahya Bin Daud sehingga sampai ke tangga rumahnya (rumah abah Tamar la). Menurut saksi di tempat kejadian, Daud Bin Mamat, kura-kura tersebut berkemungkinan hanyut di bawa arus air banjir yag telah melanda kampong ini beberapa hari lalu. Kejadian berlaku pada lewat petang kelmarin.

 
   Haiwan itu Berjaya ditangkap oleh cucu saksi, Ahmad Fauzi Yahya dan dikurung di dalam sebuah bekas yang selamat.

 
   Dalam kejadian berasingan, Seekor ikan haruan yang dianggarkan sebesar lengan orang dewasa normal mengensot-ensot di atas kaki lima rumah sepasang warga emas pada pagi kelmarin, ikan itu kemudian disembelih dan dimasak gulai bersama pisang…  
Rezeki datang mengensot, alhamdulillah!!!

ihsan daripada Google --> gulai yg asal xsempat diSnap.




Saturday 26 November 2011

Selamat Berhijrah

Assalamualaikum...

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.



DOA AWAL TAHUN HIJRIAH

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbal Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin.
Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.

Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.

Salam Maal Hijrah
Tahun Baru 1433 Hijrah
Kita Hijrah Menuju Kebaikan,
Semoga Kita Masih Teguh Iman & Islam.
Semangat Baru, Harapan Baru
Rencana-rencana Baru
Menyelesaikan Pekerjaan Yang Masih Tertunda.
Wasalam


Friday 18 November 2011

Nasi Goreng Udang

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Apa kaba teman2 di pagi ini?
Harap2 sihat semuanya..
Pagi ni Tamar nak berkongsi satu resepi ngn kawan2..
Resepi apa?

Mengidam Pasta!

Assalamualaikum

Mengidam Pasta??? Hahaha.. macam orang mengandung la plak...
Jadi apa lagi, bila dah mengidam ni, kena la tunaikan... kalau xtunaikan, kempunan la jawabnya.. kan kan kan.. Tamar pon mula sediakan bahan2.... Opss.. terlupa pulak yang kami ni owg melayu sejati.. mana la ada mee (pasta) kt umah ni... ermmm... Fikir!
Fikir.!
Fikir..!
Fikir...!
Fikir....!

Wednesday 16 November 2011

Soalan Paling Susah

Assalamualaikum..

Tamar ada beberapa soalan yang tak mampu Tamar jawab, nak minta pertolongan teman.. boleh tak? soalannya seperti di bawah..



Soalan 1 : Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?
 
Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK Musim Keenam?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?
 
Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?
 
Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?
 
Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?
 
Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Apakah nama kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?

Sesiapa yg berjaya menjawab dengan betul... ada hadiah menanti anda... Hadiahnya adalah.. 

Makan Malam Tanpa Had di rumah sendiri
Penerbangan ke Bali (tambang bayar sendiri)
dan 
tajaan Pakaian untuk selama2nya daripada KainKapan Snd. Bhd.

Selamat mencuba... 
Sekian, terima kasih
Wasalam...

Friday 11 November 2011

La Tahzan!!!

Assalamualaikum..
Jangan bersedih, Hidup ini bukan untuk bersedih... 

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

  
Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semngat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.

Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan' oleh Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Wednesday 9 November 2011

Hari Ini Aku Hidup

Assalamualaikum..

Segala pujian itu hanyalah untuk Allah Taala, yang maha Menghidupkan dan maha Mematikan.

Sesungguhnya, kehidupan yang kita lalui ini sebagai satu ujian untuk diri kita supaya menjadi pendorong untuk melakukan sebaik-baik amalan untuk Allah Taala.

"Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu yang mana satu yang paling baik amalan nya, dan Dialah Tuhan yang maha Perkasa lagi maha Pengampun" (almulk:2)

Kehidupan yang sementara inilah yang perlu kita gunakan sebaik-baiknya agar mendapat bekalan yang mencukupi untuk menuju negara akhirat. Dan sebaik-baik bekalan itu ialah Taqwa.

" Berbekallah, sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu ialah Taqwa" (albaqarah:197)

Dan apakah erti Taqwa itu?

Saturday 5 November 2011

SomTamKu Masin...


Assalamualaikum..

Tadi masa tolong umi masak nasi lemak… Terlihat betik muda kat tepi meja, sungguh menggoda.. hihihi.. rasa cam nak makan somtam jer…

Selongkar dalam peti ais, cari bahan2.. bawang putih ada.. cili padi ada.. limau nipis ada.. tomato ada.. sos ikan xde (guna kicap sotong), kacang goreng ada (kebas kacang nasik lemak umi)… Alamak!!! Udang kering TAK ADAHummmmm???  xpe2.. guna saja BELACAN.. hihihi.. belacan pon diperbuat daripada udang jugak kan kan kan… 

Bahan2 dah ada, mula2 tumbuk bawang putih,  cili padi (5 biji) dan udang kering (belacan). Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan kacang goreng, betik yang telah diparut. Gaul hingga sekata.  Tuangkan sos ikan (kicap sotong) , air limau nipis, gula dan tomato. Kacau hingga sebati dan SIAP!!
 
Senang je kan..

gambar ni, pinjam dalam tenet je..


Jom Makan.. Nyum3x….opsss! Masin la… hahaha.. Terlebih belacan… 

TipS Dari Tamar: kalau nak masak apa2 jenis masakan sekalipon, jangan bergantung kepada Buku masakan.. buat ikut cara sendiri, Baru puas hati….

Wasalam…

Friday 4 November 2011

3 Soalan 1 Penampar...

Assalamualaikum...


Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Wednesday 2 November 2011

Saya ada cerita Untuk Awak...


Assalamualaikum

Dengan nama Allah...

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita yang memalukan orang Islam (termasuk juga) dalam mana-mana orang, maka bagi mereka itu adalah azab Allah di dunia dan di akhirat Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahui”.
19: Surah An-Nur

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu berita dari seseorang yang zahirnya fasik, maka hendaklah kamu pastikan terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Jika tidak kamu menganiayai seseorang dan kamu akan menyesal kemudiannya”.
8: Surah Al-Hujarat

“Dan diharamkan ke atas orang Islam menyebarkan berita yang memalukan kepada seseorang sama ada ianya benar atau bohong. Kalau ianya benar maka ia telah membongkar dan memalukan orang itu dan orang itu adalah haram. Kalau tak benar dia telah memfitnah orang, maka kedua-duanya itu diharamkan”.
- kitab fikah ‘Man Haj’ Mazhab Shafie;

Bagi yang peka, tentu anda dapat teka dua surah diatas ditujukan mengenai apa. :)

Wednesday 26 October 2011

Petua Makan Secara Sihat

Assalamualaikum...
Kali ini Tamar nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi petua2 untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. 

Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Di bawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.

1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.

2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersam roti bakar, lempeng dan biskut kraker.

3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.

5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit minyak sahaja.

6. Makan buah buahan segar setiap hari.

7. Jika anda manganbil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti pisang, epal oren dan betik kedalamnya.

8. Amalkan tabiat membawa buah buahan bila anak anak ke sekolah atau bila berjalan jauh dan berkelah.

9. Makan buah buahan segar sewaktu rehat.

10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh tumbuhan.

11. Banyakkan makan ikan.

12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikan daging.

13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.

14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.

15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus.

 Sila ikut petua2 di atas, jika tidak mahu jadi macam ni 

comel kan, klu jadi punchbag pon boleh jugak ni.. hahaha

Selamat mencuba!!

Wasalam...

Tuesday 18 October 2011

Aku belajar !!


-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...

-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku... 

-Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
 
-tetapi, sesuatu yg tak bisa aku pelajari yaitu:
 "harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain"... :(

p/s: Aku belajar untuk mengopy ayat2 di atas dan mempamerkan dalam belog ini.. hahaha
sekian sahaja... 
Wasalam...

Monday 17 October 2011

Aurat Saya Maruah Saya




ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..


1.
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
> Yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2.
Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok
> Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3.
Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
> Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.
Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa.
> Kita yakinkah, ibadat kita, puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5.
Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
> Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6.
Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
> Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.
Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
> Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8.
Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
> Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9.
Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
> Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10.
Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
> Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIB buat. 

 

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"Aurat Saya Maruah Saya"

SAMA2 KITA RENUNG2 KAN

Wasalam...

Sunday 9 October 2011

~ Nilai Kasih Ibu!~


Assalamualaikum...
Sekadar renungan bersama...


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai = rm 4.00
Tolong jaga adik = rm 4.00
Tolong buang sampah = rm 1.00
Tolong kemas bilik = rm 2.00
Tolong siram bunga = rm 3.00
Tolong sapu sampah = rm 3.00
Jumlah : = rm 17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu" . Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya. 




Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Wassalam. 

(Cerita ini dipetik dari suratkhabar Baca Ria)

Friday 7 October 2011

Jangan Ambil Mudah !!!

Assalamualaikum... 
Kali ni Tamar ingin Berkongsi..

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut

Thursday 6 October 2011

Penawar Hatiku..



Tangisan sanubari telah terhenti..
Kala suram suria memancar sinarnya..
Pertemuan seindah bayangan Firdausi..
Menjadi zikir kasih yang suci...
Lukisan dua jiwa menjadi satu..
Terkenang detik bertemunya kau dan aku..
Santun berhikmah mengingatkan diri..
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi...
Mengenggam janji cinta ini..
Bertemu kasih tanpa jasad..
Bicara tanpa suara..
Hanya tulisan bahasa indah..
Mengeratkan antara kita..
Hinggalah ke akhirnya...
Kau ku sanjung kerna pengorbanan..
Bagai puteri di kayangan..
Tika ku lesu hadapi hidup..
Kau hembuskan nafas semangat..

Penawar hati

Monday 3 October 2011

Dia Terbang Tepi Saya...

Assalamualaikum...
Pada entri kali ni Tamar cuma nk bgtau yg kami (Tamar dan Umi) kemalangan tengah hari tadi..
Kisahnya begini....

Tuesday 27 September 2011

Jangan Dera Kami!

Assalamualaikum...


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)



KUALA LUMPUR:

Friday 23 September 2011

Ayuh Bangkitlah!

Assalamualaikum..

Jom nyanyi bersama Tamar..


Hai mujahid muda
maju kehadapan
sibakkan penghalang
satukan tujuan
kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan

Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka

Majulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkirkan batas satukan kata
Kebangkitan Islam telah datang

fuhh.. berpeluhh!!!
hahaha.... timo kasih...
Wasalam..

Thursday 22 September 2011

Bakpo Anok Kelate Suko Merantau?



Dakwaan yang mengatakan "orang Kelantan terpaksa berhijrah" atau "anak Kelantan harus merantau" untuk mencari rezeki, mendapatkan sesuap nasi dan seteguk air di segenap pelosok negara khasnya di ibu kota, semata-mata kerana faktor negeri Kelantan miskin amat menarik untuk direnungi kerana mungkin tidak berasas.

Jika diteliti secara bijaksana, persoalan itu sebenarnya adalah sangat relatif. Malah tohmahan atau anggapan "orang Kelantan terpaksa berhijrah" atau "anak Kelantan harus merantau" semata-mata kerana faktor negeri Kelantan miskin tidak semestinya tepat atau benar.

Baco hok ni pulok... Mengapa anak Kelantan suka merantau?

Sunday 18 September 2011

Lepaking At Tok Bali..

Assalamualaikum...



13 September 2011, jam 1700, Tujuh anak muda yg dianggotai oleh Pokjat, Pokyo, Pai, Abe Aji, Kema, Capik dan Pujie. Bergerak menuju ke Tok Bali dengan menaiki sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Myvi..

Friday 16 September 2011

Mahligaimu Dari Air Mataku


Izinkan diriku meluahkan rasa,
Maafkanlah aku andai kau terasa,
Biar ku paparkn apa yg terjadi,
Moga engkau tak ulangi.

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah,
Setelah lamanya menjalinkan cinta,
Dalam diam-diam kau sudah berpunya,
Tanpa aku menyedari semuanya.

Aku mendoakan agar kau bahagia,
Bersama si dia insan yang kau suka,
Percintaan kita tak sampai ke mana,
Setakat di bibir saja.

Sayang...
Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku bisa tak terkata,
Terhumban rasa diriku.

Oh aduhai ku masih ingati,
Janji manis dan saat romantis,
Kau pintaku supaya setia,
Akhirnya kau yang berubah.

Oh tuhanku tabahkan hatiku,
Temukan dengan ketenangan jiwa ini,
Dibelasah rindu,
Tetapi apa dayaku.

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena,
Keranaku masih teringat pada mu,
Begitu payah nya nak ku melupakan,
Pernah kah kau memikirkan oh sayang... 

By Lestari


Inilah yang Tamar rasa. (T_T)
Anda pernah?


 

Puncak Stong Milik Kami

Assalamualaikum..
dah berkulat upenye blog tamar ni.. hahaha...
apa kaba teman2? arap semua sihat2 aje...
Entri kali ni, tamar ingin tunaikan janji yg dulu..
ingat x? hah? tak ingat?
meh SINI Tamar ingat kan... tamar janji nk pamerkan gambar kami..

Inilah kami..
enam anak muda dari Gold Sand..

bekalan sepanjang pendakian

menaiki pacuan 4 roda


di stesen keretapi Dabong

XPDC bermula

meredah belukar, mencari damai. haha (cam poyo je ayat ni)


dalam gua masih sempat pozz..

jgn salah anggp, lubang ni yg sempit, bukan tamar yg gemok k...

sampai pon..

khazanah dunia..

dah penat ke bang!!

baru sampai tapak perkhemahan..

owg len sebok masak, kamu dok main kad.. haha

badan dah busyuk.. mandi jom!!

kecut perut!!

sejuk wei!!

mendengar taklimat sebelum mendaki

berehat sebentar bersama kamera...










tuala kecik yg tertinggal..




1422m.. hehehe

kat puncak Stong..

depan pintu masuk..
menjadi.jadi..
kat sungai ---> belakang 2.. hihi
gambar ni la yg masuk paper metro ai tu..
Terbaekk!!!!!
p/s: sebenarnya banyak lg gambar, ni je yg mampu tamar pamerkn...
Time kasih kepada teman2... Pokyo, Pokjat, Pai, Abe Aji dan Eya..

Harap MAAF, Gambarnya agak berantakan...

sekian

wasalam..