Friday 10 June 2011

BURUNG GAGAK DARI AYAH………..

Assalamualaikum...

jangan baca kalau sekadar utk hiburan, bacalah utk ilmu,persediaan masa depan...





"Satu Kisah Yang Menarik Untuk Dijadikan Teladan"  Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbincang-bincang di halaman sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

 Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak Sambil bertanya, "Nak, apakah benda itu?"
- "Burung gagak", jawab si anak. -

 Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi pertanyaan yang sama. Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,

 - "Itu burung gagak ayah!" -

 Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soal yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit bingung dengan persoalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat,

 - "BURUNG GAGAK!!" -

 Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi si ayah mengajukan pertanyaan yang serupa hingga membuat si anak hilang kesabaran dan menjawab dengan nada yang kesal kepada si ayah,

 "Gagak lah ayah.......".

 Tetapi agak mengejutkan si anak, kerana si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanya soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

 "Ayah!!! saya tak tahu ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya juga dah memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? "Itu burung gagak, burung gagak ayah.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

 Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang kebingungan. Sesaat kemudian si ayah keluar lagi dengan sesuatu ditangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya, diperlihatkannya sebuah catatan diari lama.

 "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari lama itu", pinta si ayah.

 Si anak setuju dan membaca petikan tersebut..........




 25 Februari 1984 - "Hari ini aku di halaman melayan karena anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya,  "Ayah, apa itu?".

 Dan aku menjawab, "burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soal yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawapan yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangnya aku pada anakku aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap hal ini menjadi suatu pendidikan yang berharga baginya suat hari nanti…….."

 Setelah selesai membaca petikan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara,

 "Hari ini ayah baru bertanya kepadamu soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah…………………………………………………………."

 "Jagalah Hati Kedua Orang Tuamu, Hormatilah Mereka. Sayangilah Mereka Sebagaimana Mereka Menyayangimu Diwaktu Kecil"



MUTIARA KATA.


  • Kemuliaan diri adalah kerana kejujuran, keikhlasan dan sifat suka kepada orang lain. 
  • Keangkuhan adalah celaka yang besar buat diri seseorang itu.
  • Tanggungjawab yang kecil untuk kita ialah menjaga sifat kita yang angkuh dan bongkak.
  • Tanggungjawab yang besar untuk kita ialah sentiasa TERSENYUM walaupun kita dihina

Tamar pasti kebanyakan dari kita pernah tengok,baca, dengar kisah ni kan.. tapi berapa ramai yg ambik pengajaran darpada intipati kisah ni? fikir2kan lah...

selamat membaca dan selamat beramal...
assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment