Friday 12 July 2013

7 Khasiat Tamar yang perlu anda tahu





Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

Thursday 27 June 2013

Sunday 9 June 2013

Moga Aku Tabah



Di mana akhirnya?
Begitu persoalan yang bermain di benak....
Mengapa aku masih menanti dan terus berharap?
Membiarkan perasaan ini dibelenggu kerinduan yang tiada hujungnya...
Membiarkan hati ini terus terluka...


Perlukah aku membiarkan segalanya sehingga menutup mata.???

Thursday 6 June 2013

Bersabar Dalam Mencari Jodoh





Jodoh itu ujian.
Untuk belum tibanya yang dinanti, bersabarlah.
Tuhan akan beri.
Yang terbaik adalah pasti.
Sabar.
Kuatkan hati.

Jodoh itu ujian.

Untuk jodoh yang telah tiba namun merabakkan jiwa, bersabarlah.

Akan ditemukan jua hikmah di sebalik dugaan yang memamah.
Tuhan akan beri bahagia yang dinanti.
Sabar.
Kuatkan hati.

Tidak akan teruji kita ini dengan sesuatu yang melebihi batas kemampuan.
Bersabarlah.


Kata pujangga dicuri dari Si Pencuri.

Saturday 18 May 2013

Aku Beristeri Empat!!!

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI


Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian
Isteri Keempat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang

Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’

Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’

Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’

Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’

Siapa isteri pertama hingga ke empat?

Friday 19 April 2013

Kafir Dalam Tak Sedar




Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:


1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)


2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)


4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)


5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)


6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)


7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)


8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)


9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)


10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)


"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie


Thursday 14 February 2013

Aktivis Kecam Hari Kekasih

Assalamualaikum...

Di India, para Aktivis mengecam hari kekasih.. Mereka bukan sahaja " mengutuk habis-habisan" bahkan disertakan dengan tindakan.. mereka memukul pasangan2 ( sweet couple) yang sedang bercintan-cintun..  (sumber: Berita TV9 13/02/2013)

Bagaimana pula kat Malaysia?
Kat mana kita nak berpesta malam ni?
Kat mana kita nak bermadu asmara nanti?

Kat mana awak (pompuan) nak buang bayi nanti?

Sempatkah kita tunggu sembilan bulan sepuluh hari lagi?


Alangkah bagusnya jika kita juga ada kesedaran seperti mereka (Aktivis India)


Gambar ini bukan setakat hiasan..




Wednesday 13 February 2013

Monday 11 February 2013

Apa itu Chim Chum?

Assalamualaikum..
Lamo doh xdok entri.. kali ni Tamar nok crito pasal Chim Chum.. Slamo ni rajin dengar namo, tapi xtau gapo ittu chimchum.. takdi sain2 bowok g make.. hoo.. baru Tamar tau.. goni la bendonyo... chim chum itu steamboat... hahaha.. darat sungguh..

Masak steamboat di Restoran Food Village


Papan tanda restoran foodvillage

Mencari hidangan buffet dan steamboat di Kelantan? Tak perlu susah mencarinya lagi, terus sahaja ke restoran Food Village, ‘Well known‘ restoran di Kelantan yang kini mempunyai cawangan di Kg Kedai Buloh, PCB. Restoran ini pernah telah disiarkan di rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Ia menyediakan hidangan buffet steamboat ataupun dipanggil “chim-chum”. Bayaran yang dikenakan bagi orang dewasa ialah RM19.90 dan kanak-kanak (3-7 Tahun) RM13.90. Harga ini termasuk air. Anda boleh makan seberapa banyak yang mahu.

Sunday 3 February 2013

Jika Aku Jatuh Cinta




Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Tuesday 29 January 2013

LEBIH BAIK JILAT AIR LIUR SENDIRI..

Assalamualaikum

Suatu malam, semasa hendak mengangkat baju di jemuran..

AFY: Assalamualaikum bang.
TM: Wasalam.. (jawabnya pendek jer)
AFY: Kenapa nampak macam marah je ni bang?
TM: Memang aku marah. Aku geram sangat..
AFY: Marah? Geram? Pasal ape bang?
TM: Petang tadi janda aku datang, merayu-rayu suruh aku rujuk balik.
AFY: Sampai macam tu sekali? Pastu, nak rujuk balik ke?

Sunday 20 January 2013

Mengajar Kat karnival ke Cekgu?



Assalamualaikum..

Pukul tiga petang tadi, ketika Tamar Muda ingin pulang dari tempat kerja, Cekgu AFY pon lalu dengan menaiki kereta. Tamar Muda memberi salam kepada Cekgu AFY, maka berbual lah mereka... Jom kita ikuti perbualan mereka..

Thursday 10 January 2013

Siakap Masam Manis Untuk Abah



Assalamualaikum semua.. Hari ni 10/01/2013 adalah hari ulang tahun kelahiran abah Tamar yang ke 60.. Tadi Tamar dah sediakan menu khas untuk abah.. Siakap Masam Manis.. Bukan selalu dapat ni.. Maklum la kami bukan dari golongan berada. Alhamdulillah kali ni adda rezeki lebih, jadi dapat la merasa ikan siakap..
Di sini Tamar nak berkongsi dengan kawan2, resepi Siakap Masam Manis yang telah Tamar sediakan... (Memang belambak resepi ni dalam internet, tapi ini cara Tamar sendiri)

SIAKAP MASAM MANIS


Bahan A
·         Seekor ikan siakap
·         Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan B (Untuk Sos)
·         5 biji bawang merah (dihiris)
·         3 ulas bawang putih (dihiris)
·         ½ inci halia (dihiris)
·         5 sudu makan sos tomato
·         3 sudu makan sos cili
·         3 biji cili merah (dipotong nipis)
·         ½ cawan air
·         1 biji lobak merah (dipotong nipis)
·         ½ lada benggala (dihiris)
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Minyak masak

Bahan C (Untuk Hiasan)
·         daun ketumbar
·         sebiji cili merah
·         daun salad
·         2 biji tomato (dipotong nipis)

Wednesday 9 January 2013

Selamat Hari Lahir Fauzi

Assalamualaikum..

Hari ini genaplah umur Tamar  23 tahun.. Kawan2 sebaya ada yang dah kawin.. Tamar tetap dengan kebujangan.. haha.. Belum terpikir untuk kawin. Dalam era kini, ekonomi yang kukuh amat penting.. Jadi Tamar nak tumpukan untuk bantu keluarga.. Family First!!!
So, sepanjang tahun ni, jangan tanya bila Tamar nak kawin.. hihi 
Bukan gambar semasa!!!
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini.. aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Saturday 5 January 2013

Antara Bersin dan Menguap

Assalamualaikum.. 
Dalam entri kali ini Tamar ingin berkongsi ilmu pasal Bersin dan Menguap...

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :
SUNGGUH ALLAH MENCINTAI ORANG YANG BERSIN DAN MEMBENCI ORANG YANG MENGUAP, MAKA JIKA KALIAN BERSIN MAKA PUJILAH ALLAH, MAKA SETIAP ORANG YANG MENDENGAR PUJIAN ITU UNTUK MENJAWABNYA; ADAPUN MENGUAP, MAKA ITU DARI SYAITAN, MAKA LAWANLAH ITU SEKUAT TENAGAMU. DAN APABILA SESEORANG MENGUAP DAN TERDENGAR BUNYI: AAAA, MAKA SYAITAN PUN TERTAWA KARENANYA”. (Shahih Bukhari, 6223)

Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu.
Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.

Ini berbeza dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktivitas, hal ini karena banyaknya makan . Bersin bisa menggerakkan orang untuk bisa beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas. (Fath-hul Baari: 10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.