Sunday 22 July 2012

Janji Tak Buat Dah!!

Assalamualaikum..


Apa kabar teman2?
Tamar nak kongsi satu benda ni..
Sebelum ni acap kali jugak la Tamar lakukan...
MENGHEBOHKAN JUADAH BERBUKA
Kalian pernah buat tak?
Klu pernah cuba tengok ni... 



Khas kepada rakan-rakan yang suka bagitau @ upload gambar makanan yang sedap-sedap di facebook.
"Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan."

Jadi sempena bulan puasa ni, marilah kita mengejar pahala...
Selamat beramal..
Wasalam.. 

Saturday 21 July 2012

Perempuan Dan Buaya

Masalah Sosial

Ini hanya gambar hiasan, tiada kaitan antara yg hidup atau yg dah meninggal
LELAKI: Perempuan lah punya pasal,dok tayang itu tayang ini,itu gangguan seksual terhadap lelaki... Bila laki rogol, ngorat, culik, tangkap buat bohsia, marah laki plak... Kalau pmpuan smua ikut syariat islam, tak menggoda, pakai pakaian gelap dan suram, berpurdah, tak make up lebih2, tak tabarruj, baru lah nafsu lelaki jatuh... Ni tidak, bila kluar rumah, bersiap je berjam2, smua tu sbb nak goda lelaki, nak lelaki kat luar sana tgk diorang tu cantik, gorgeous, vouge, awesome, phewwit, de bomb..

PEREMPUAN: Ape plak salah pmpuan? Salah laki la... Biarlah kami nak dedah sana sini, nak tnjuk bodi kami, bodi kami kan cantik? kalau tak tunjuk, rugi lah... Kecantikan utk ditunjuk, bkn utk disimpan, sbb tu fitrah kami sbg pmpuan ni lain... Kami nak kelihatan cntik... Cuba tgk kat kedai2, barang yg cantik2 org letak kt tampat display kan? baru kedai2 diorang tu berseri2 dan menarik pelanggan kan? Yg korang tu tak tunduk pandangan tu knapa?? Kan quran suruh laki tunduk kan pandangan? Menayang kecantikan itu fitrah kami... Korang lah yg kena tnduk pandangan....

LELAKI(mereka buntu lalu menolak IBNU BATOOTA ke depan utk menjwab): Ehem ehem...... ok makcik2 sekalian... ok lah... Sy pejam mata ye, takut tergoda dgn makcik2 smua... (smbil pejam mata)... Ok, skrg sy nak tnya satu soalan...cuba makcik2 jawab..

PEREMPUAN: 100 soalan pon kami jawab laaa!! (geram dipanggil makcik)

IBNU BATOOTA: Baik, soalan sy, kalau dalam sebuah sungai tu ada baaaaaaaaaanyak sgt buaya lapar........ Tiba2 seorang wanita terjun ke dalam nya utk bermandi manda dgn rela hati tanpa dipaksa, bahkan marah melenting bila dihalang.. Dia jwb, "hei, apa kau sibuk2? Suka hati aku la nak terjun ke tak? Badan aku, bukan badan kau!"
Kemudian wanita itu diratah ratah oleh buaya lapar tadi... Lalu dia menangis dan mencela buaya tu,"
buaya bodoh!semua buaya sama je!"..
Soalan sy, siapakah yg bodoh?

Sederhana Ketika Berbuka



Assalamualaikum,
Apa khabar teman2 Tamar? Harap2 semua dalam keadaan sihat..
Hari ni Hari pertama kita berpuasa untuk tahun ni..
Macamana dengan puasa kalian? Harap2 masih teguh seperti pagi tadi..
Bagaimana dengan juadah berbuka nanti? Pasti ada yang menyediakan sendiri, ada juga yang membeli.. ikut pilihan masing2.. Tetapi kita mesti ingat. Memasak atau membeli haruslah berpada-pada..  

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (al-Isra' : 27).



Jangan terlalu ikutkan perut yang lapar, kerana dengan sebiji kurma mampu melenyapkan kelaparan itu.
Jangan ikutkan rasa dahaga anda, kerana dengan seteguk air mampu menghilangkan dahaga itu.

Friday 20 July 2012

Yeye.. Ecok Pose!!!




Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. 
Kehadiran Ramadhan tahun 2012 bulan Julai dapat dirasai setahun sekali sahaja. 
Oleh itu mungkin ada diantara kita yang telah lupa niat dan doa berbuka puasa. 
Mari kita baca kembali niat dan doa yang disediakan ini. 

Niat puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Doa Niat untuk sebulan sekali doa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.

Lafaz Niat Puasa (harian)

Niat doa puasa untuk sehari sekali
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.

Tuesday 10 July 2012

Rindu Sama Kamu


Assalamualaikum sahabat2 ku.. 

Hari ini mahu pergi melawat Sekolah Menengah KebangsaanKubang Bemban. Tempat Tamar membesar, melalui zaman Sekolah Menengah yang penuh dengan kenangan.


Hampir enam bulan dah Tamar tidak menjejakkan kaki ke sekolah..
mesti banyak yang telah berubah.. 
Kali terakhir pergi sana, sebelum menyambungkan pelajaran kat INSTEP..
Tamar sayang Umi dan Abi Tamar.
Mereka sebahagian daripada kehidupan Tamar.
Kalau Allah izin Tamar menjejak angkasa,
atau memerintah dunia,
Tamar tetap yang paling kerdil,
bila berhadapan dengan guru-guru Tamar.

Sunday 8 July 2012

Kita Boleh Melalak!!!

.

Berbakat??
Tapi masih cilik??
Jangan risau..
Sertai program IDOLA KECIL..


Untuk MUDA MUDI..
Pelbagai program disediakan untuk anda..

AKADEMI FANTASIA, MENTOR dan puluhan program lain..

Kalau dah 50an..
Jangan sedih..
Anda belum terlambat..
Sertai program KILAUAN EMAS.