Tuesday 30 August 2011

Kronologi Rayaku..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya ..
Entri kali ni, Tamar ingin kongsi perjalanan raya Tamar pada hari ini...  kisahnye begini..


Mula2 bangun pagi, mandi sunat Aidilfitri, solat subuh.. Siap2 utk ke masjid.. 

Sampai ka masjid, terus cari port best.. Masa tengah2 solat, dengar budak menangis, hilang khusyuk.. hadoih… pastu ada pulak budak comel duk berlegar2 kt sebelah Tamar.. sambil bawak belon doraemon wane pink, comel sangat, rase nak terajang je laju2… Selesai solat, dengar khutbah.. bersalam-salaman…

Balik umah -> pergi umah chek (atuk), bersalaman dengan chek,  mok (nenek), saudara mara (sebelah abah)… pastu naik kete, g beraya kt umah saudara mara sebelah umi) pulak… ke situ ke sini… penat3x… dapat wit raya (Alhamdulillah)…

Semakin usia meningkat, semakin duit raya berkurangan…

Sampai umah… solat asar -> tido sampai azan magrib.. bangun tido -> mandi -> solat magrib.
Perut terasa lapar -> masak nasik, goreng ayam.. makan bersama budu dan petai (juadah raya paling sedap) haha..

Membuat persiapan untuk rumah terbuka esok…. Semua dijemput hadir.. ada nasi ayam, rendang, nasi impit, lemang dan kuih-muih.. hahaha..

Salam Lebaran dari kami:
Yahya Bin Daud (Abah)
Che Azizah Binti Che Othman (Umi)

sekian untuk kali ini.. penat3x.. hahah 
wasalam

p/s: xde gambar keluarga yag berjaya kami rakamkan...

Monday 29 August 2011

Mak Bulan dah beranak, Esok Raya!!!

Assalamualaikum...


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini. 

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. -- BERNAMA 

Di bulan yang mulia ini,Tamar ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak! Sekiranya ada termakan dan terminum (free) tu harap halal kan lah ye!

AMARAN: Jangan makan banyak sangat lemang, ketupat, rending, sate, dan yang sewaktu dengannya tau.

Akhir sekali......
"Selamat Menyambut Aidilfitri" dan "Maaf zahir dan batin"


Salam Lebaran dari:- 
Ahmad Fauzi Yahya  a.k.a Tamar Muda dan keluarga..

Tuesday 23 August 2011

Apa Pandang - Pandang?


Assalamualaikum.. 
Setiap kali (kebanyakan) Tamar g solat berjemaah, mesti akan berlaku masalah ni..
Masalah ape?

Monday 15 August 2011

Siapa Mustafa Kemal Attartuk?


Assalamualaikum....
hari ini, tamar xde peristiwa best yg hendak dicoretkan, tapi Tamar ada kisah yg ingin dikongsi bersama sahabat2 blogger...Siapa Mustafa Kemal Attartuk? anda kenal ke? xknal? jom sama2 kita mengenalinya...

Saturday 13 August 2011

Susahkah menjadi wanita Islam?


 Assalamualaikum teman2...



Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.




PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^

wasalam....

Tuesday 9 August 2011

Awak sudi jadi isteri kedua saya??

Assalamualaikum....


Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fauzi tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fauzi liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

Tak. Maksud saya –

Friday 5 August 2011

Merdeka dari cara hidup kehaiwanan

Assalaamualaikum dan salam hormat.

Penjajah, apabila menjajah sesebuah negara bukanlah hanya menjajah dari segi fizikal sahaja. Mereka tidaklah menduduki sesebuah negara orang lain hanya mahu mengaut keuntungan dari penjajahan mereka. Tetapi mereka juga mahu rakyat yang dijajahnya mengamalkan corak pemikiran dan cara hidup mereka.


 
Sekarang ini tidak ada lagi yang dijajah. Sikap penjajahan telah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Jika masih ada lagi penjajahan, ia tidak akan bertahan lama kerana zaman ini zaman merdeka. Jika ada lagi penjajahan, penjajah itu sendiri akan merasa malu kerana hanya mereka sahaja masih berada di dalam sikap kebinatangan itu.

Penjajah tetap akan balik ke negara asal. Penjajah akan pulang samada dihalau seperti anjing kurap seperti rakyat Vietnam menghalau Perancis dan Amerika dan rakyat Agfahanistan menghalau Soviet. Dan ada juga pulang secara sukarela dengan persetujuan seperti di Malaysia.
Bagi penjajah yang dihalau, mereka tidak akan sempat membuat apa-apa tetapi bagi yang pulang dengan persetujuan, mereka masih boleh lagi mencengkam negara bekas jajahan mereka. Dengan cara apa?

Monday 1 August 2011

Jom Berpesta

Assalamualaikum sahabat... Alhamdulillah, dengan izin Allah kita diberi peluang sekali lagi untuk berjumpa dan menikmati ramadhan pada tahun ini. Moga-moga kita dapat meraikan pesta ibadah di dalam bulan ramadhan kali ini dengan dimeriahkan dengan beramai-ramai ke masjid mendirikan solat tarawih. 



Sebenarnya solat sunat Tarawih adalah antara aktiviti yang paling unik. Ia menjadi unik kerana solat sunat Tarawih hanya boleh dilakukan di dalam bulan ramadan sahaja. Solat tarawih hanya boleh didirikan selepas kita berjaya menunaikan solat Isyak. Jika kita tidak berjaya menunaikan solat isya' (wajib) itu menunjukkan kita masih lagi belum layak untuk pergi ke peringkat seterusnya iaitu solat tarawih (sunat muakkad).

Dalam pada itu, apabila kita berpuasa. Pastinya kita memikirkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan pada bulan Ramadan ini. Oleh itu Tamar cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan supaya masa kita terisi dengan perkara yang bermanfaat.

  1. Bertadarus Al-Quran
  2. Melewatkan sahur
  3. Meningkatkan aktiviti bersedekah
  4. Menghidupkan malam dengan Qiamulail
  5. Mencari malam Laila al-Qadar

Apabila menyebut mencari malam Lailatul Qadar ini. Aktiviti pencariannya harus dimulakan semenjak hari pertama ramadan lagi. Walaupun ada hujah mengatakan yang malam Lailatul Qadar itu berlaku pada sepuluh malam terakhir. Kita perlu lebih awal bersedia dan mempersiapkan diri.

Sekian saja utk kali ini, Tamar kena tido awal, esok ada keje yang agak menguji ketahanan mental dan fizikal, takot ngantok kt tempat keje... hihihi.. semoga semua urusan hari2 mendatang dipermudahkan dah diringankan segala beban.

Sebelum mengundur diri, saya Ahmad Fauzi Yahya mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga iman dan amal kita semakin bertambah baik daripada tahun-tahun yang lalu. Semoga tuhan memberikan kita kesihatan yang terbaik dan rezeki yang berkat di sepanjang bulan ramadan ini dan berterusan pada bulan-bulan yang akan datang, Insyaallah.

Selamat berpuasa, berbuka dan beramal! (^_^)b