Thursday 30 June 2011

BERSIH Haram.. KOTOR Halal?

 Assalamualaikum

Kali ini Tamar bawakan artikel yang dicetak dari blog Solihin Zubir.

 Dulu Fobia Hijau.. Sekarang Fobia Kuning?

Umum mengetahui yang sekarang ini fenomena 'demam kuning' sedang melanda Malaysia. Jika dulu, mereka fobia dengan warna hijau. Sehinggakan apa saja yang berwarna hijau, telah dinyahhijaukan. Sekarang ini mereka fobia dengan warna kuning pula. Sehingga keluar 'fatwa' bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai 2011 nanti. Kah Kah Kah...

Sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH, akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam. Kelmarin, keluar berita seorang pemuda telah dihalau oleh seorang AJK masjid dengan angkuhnya daripada menunaikan solat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju kuning BERSIH [klik sini!] Alahai.. Sampai macam tu sekali?

Sunday 26 June 2011

Hari Pertama Kerja

Assalamualaikum...
hari ni (kelmarin) merupakan hari pertama Tamar keja...

Kerja hari pertama..

Bangun sebelum subuh... siapkan diri.. solat suboh... sarapan pagi ngn famili.. (makan nasi goreng).. naik kete, g ata adik2 ke skolah... tunggu spupu kat masjid.. spupu mai ambik, bawak g umah dia... Tamar keje ngn ayah dia (ayah dia pak sedara Tamar la).. pkul 8.30 mula keje... 

Tapak pembinaan asrama baru kat Pondok Lubuk Tapah

Mula2 sampai, terkejut tengok air hitam bertakung dalam lubang tapak yg digali (tepi tandas)... keje kami ialah mengeringkan lubang tersebut...dengan airnya yg berbau "harum", kami mencedok dngan baldi..sampai la kering... bila dah kering, baru la boleh dimasukkan besi asas bg tapak bangunan... bancoh simen guna 'simen mixer'... ( Tamar tinggalkan keje 2 sbb Ayah Aji ajak g tempat len plak...)

kat sini xde gambar sebab semua kotor (padahal xde kamera)

Memasang paip air dan wiring kat Lemal (Umah Mok Ye)

Sampai sana dalam pkl 12.. mula2 pasang paip air... ayah aji tebuk dinding guna gerudi... pasangkan paip, gamkan bg lekak dgn kuat.. tampalkan lubang yg terdedah dgn simen.. Keje Tamar ialah angkat tangga, pegang paip, makan...siap pasang paip, buat wiring plak.. berbekalkan sedikit pengalaman dan tunjuk ajar Ayah Aji, Tamar berjaya memasang empat soket , masa nak jolok wayar agak susah.. lenguh tangan n tengkuk, kena langut tinggi2...



ni saje la keje utk hari ini... esok keje lagii.. enjoy....
wasalam...

Wednesday 22 June 2011

Anda bosan?

Assamualaikum kawan-kawan

ni bosan tahap nazak dah ni...
Bosan la, nak tido lum ngntuk, kowang bosan x? Jom hilangkan kebosangan.. Kita main bina ayat nak? senang je nak main benda ni. Nampak tak ayat-ayat kat bawah ni.. Just ikot je soalan dan sambungkan ayat-ayat tu.. Kita tengok ape ayat yang akan keluar dari tarikh lahir kowang.. Harap2 kowang enjoy..<3
                        

1-  Ambil ayat dari bulan kowang lahir:

Monday 20 June 2011

Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Babi

Assalamualaikum... 
Baru sebentar tadi Tamar ada terbaca satu rencana yang bertajuk Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Babi yang ditulis oleh saudara Solihin Zubir .. Tamar tertarik dengan apa yg disampaikan oleh beliau dan ingin berkongsi dengan teman2 pembaca.... Silakan....

Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Babi

Sunday 19 June 2011

Abahku Heroku...

Assalamualaikum...
Sempena hari bapa @ abah ni... Tamar dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa @ Abah terutamanya kepada abah Tamar iaitu Yahya Bin Daud dan kepada semua bapa / ayah / papa / baba / daddy / abi n len2 lg.. segala pengorbananmu tiada dapat kami hitung...

ni la abah Tamar masa 14 tahun yg lalu...


Perihal Abahku  

Monday 13 June 2011

Antara Lobak, Telur Dan Kopi........

Assalamualaikum..

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.


Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkan di dalam magkuk lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

Saturday 11 June 2011

Bukan rezeki kami..

Assalamualaikum...
sapo hok dop tengok bola semalam? 
Maghi sini, biar ambo pulok ulas.. Hok tengok bola pon buleh maghi jugok..

Friday 10 June 2011

BURUNG GAGAK DARI AYAH………..

Assalamualaikum...

jangan baca kalau sekadar utk hiburan, bacalah utk ilmu,persediaan masa depan...





"Satu Kisah Yang Menarik Untuk Dijadikan Teladan"  Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbincang-bincang di halaman sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

 Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak Sambil bertanya, "Nak, apakah benda itu?"

Thursday 9 June 2011

Siapa Lelaki Dayus ?

Penyakit yang sangat bahaya bila agama ikut nafsu tetapi berjayalah orang yang nafsunya berlandaskan agama.
Assalamualaikum..
Artikel kali ini khas buat lelaki2 macho dan umumnya perempuan2, wanita2, ibu2, awek2 pun boleh baca jugak. Hayatilah tajuk ini…


Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman/www.zaharuddin.net

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.


Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula : 
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Tuesday 7 June 2011

Jangan sesekali kamu mengeluh....

Assalamualaikum
Apa khabar imanmu hari ini?
sekarang kedengaran guruh di langit, namun tidak sedikit pon mengugat nawaitu Tamar untuk berkongsi sesuatu dengan anda...





 Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Saturday 4 June 2011

Dah Jadi Tapi Tak Jadi..

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Tamar..

Hari ni dari pagi sampai  ke petang, panas memanjang.. Tiba2 macam teringin nak makan piza, nak kuar pegi rasa malas, dah la panas, kena tunggu bas tepi jalan,memang x la.... lagi pon fulus xbarapa banyak.. tamar pon apa lagi, mengidam punya pasal, Tamar pon masak la sendiri (bajet cam pandai) .. tu pun time rajin laa, kalau malas, tamar puasa je la...

Jom Tamar kongsi resepi Piza Tamar...

Thursday 2 June 2011

3 soalan utama di Mahsyar...


Assalamualaikum...
Apa kabar iman sahabat2 Tamar? harap2 semua dalam keadaan sihat sentiasa... 
Kali ni Tamar nak kongsi dengan sahabat2 tentang APA YANG AKAN DITANYA OLEH ALLAH KEPADA KITA DI PADANG MAHSYAR nanti...  Jom kita sama2 renungkan..



 1) tentang UMURmu bagaimana kita menghabiskannya???