Tuesday 11 December 2012

Seperti Apa Kelantan itu?


Sajak yang dideklamasikan oleh artis Indonesia, Meyda Sefira (Pelakon Ketika Cinta Bertasbih) dalam program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dihadiri oleh kira-kira 20 000 hadirin.

~SEPERTI APA KELANTAN ITU ~

Kambing Nak Jadi Rusa

Assalamualaikum.
Di tepi jalan, di bawah panas mentari, Berbualnya dua sahabat.. 



AFY : Tebalnyo mekap tino tu, baju pulok ketat, supo baruk nangko.
TM  : Ni la masaloh oghe kito.. Suko niru hok dok molek.
AFY : Bakpo demo oyak gitu?

Monday 10 December 2012

Serban Dan Janggut

Assalamualaikum rakan2 sekalian..
Kali ni Tamar ak berkongsi benda ni...


"Saya pakai pakaian Nabi dan simpan janggut ikut Sunnah Nabi ,tak kanlah nak buat benda yang Nabi tak buat pula.Jadi serban dan janggut ini berfungsi sebagai pengingat kepada diri-sendiri agar menjauhi perkara maksiat"

sumber :  Hanya Di Kelate

Peringatan buat diri sendiri dan kalian juga...

wasalam 

Thursday 29 November 2012

.:APABILA TESCO MENJADI TISKU (تيسكو):.

Assalamualaikum kawan2.
Sempena hari jumaat ni, Tamar terpanggil nak kongsi pasal hari jumaat kat Kelantan.
Ni pasal TESCO...


Sunday 11 November 2012

Maksud Nama Dalam Islam



Assalamualaikum... Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Maksud Nama Ahmad Fauzi Bin Yahya | Himpunan Nama-Nama Indah Dalam Islam


Cari maksud nama:
  

Ahmad Fauzi Bin Yahya
Ahmad -> Most highly adored, or most praised; variation of the name Muhammad.
Fauzi -> Kejayaanku.
Yahya -> Nama nabi, yang hidup.

Apa ada pada 'AHMAD FAUZI BIN YAHYA' ? 

Sunday 21 October 2012

Juara Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum.  

Alhamdulillah... setelah bergomol selama [(45+2)+(45+4) + (30+4)] = 130 minit, Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia.. 

Tahniah KELANTAN!!!


Dok siyo2 ambo dan PakCu berkampong di tempat kerja male ni... walaupon kerjo shift pagi, tetapi bola punyo pasal, sanggup tunggu sapa ko male.. pukul 12 malam baru tubik dari tempat kerjo..

Dale pejalanan, huje pon turun dengan sempoi2 bahaso.. mako memecut la ambo..
Tengoh sedak pulah minyok, rantai muto ambo bunyi kelekah3x.... Dok berani nok bowok laju, Takut jem muto.. Bowok muto 40km/j dale huje, memey romantik la.. basoh bejeruk ambo.

Sampai dumoh, tengok ado nasik minyok , mace tau2 jah perut kami lapar bercerok.. Mencekik sehinggo menjilat kaki.. hahaha

Mato pun doh stim.. Nok tido.. Esok kerjo shift male.. huhuhu... 

Selamat Male Rakyat Kelate.
Selamat Malam Tentera..
Selamat Malam Malaysia...
Wasalam

Thursday 20 September 2012

Cara Mudah Untuk Dikejar Awek Seksi



Assalamualaikum, 
haa.. mesti ramai lelaki yang nak baca entri ni kan? 
Ni memang cara senang dan tersangatlah mudah untuk membuatkan awek mengejar korang..

Caranya macam ni..

Pertama dekati awek yang korang nak tu..
->
Berikan senyuman yang indah lagi berkeyakinan..
->
Berikan tatapan kepada anak matanya..
->
Pegang tangannya..
->
-->
--->
---->
----->
------>
------->

Sunday 16 September 2012

Selamat Tinggal Syawal

Assalamualaikum... wahai belog berabuk lagi usang, Tamar sendiri tak tahu apa mahu dibuat untuk kamu.
Ingin saja Tamar campak kamu jauh-jauh dari hidup ini
tapi kamu sangat penting untuk Tamar di saat kebengongan.. haha..


wahai blog
Tidakkah Kamu rase bahawa kamu sangat usang dan sudah tidak layak untuk hidup ?
Tamar sendiri sudah tidak sanggup melihat wajahmu yang telah lama hidup kesepian tanpa ditukar..
Jika Tamar jadi kamu dah lama Tamar cakap

“tak guna punye tuan
haha...
Tamar sebenarnya tak tahu ape mau tulis 
tapi Tamar rindu nak merapu macam nenek tua
papepown Tamar nak buat ucapan sikit.. hihihi 




“Hari ini 29 syawal (HARI TERAKHIR). Tahniah kepada yang berjaya menunaikan ibadah puasa ramadhan dan puasa 6.. Kepada yang tak berjaya mencukupkan 6 hari, insyaallah taun depan leh cuba lagi.. Kepada yang taknak mencuba walaunpon berkemampuan, alangkah MALANGnya hidup anda... Selamat Beramal

Salam Syawal daripada Ahmad Fauzi Yahya dan Keluarga..

Huhuhu.. rase macam YB la plak... (Yang Besar)
Sekian saja untuk kali ini.. nak g sapu, kemas2 halaman belog ni yang dah bersemak samun... 



Selamat Mengemas!!!!!

Friday 24 August 2012

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Dikisahkan pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq al-Balkh rahimahullah telah membeli sebiji tembikai. Dia kemudian membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, maka merungutlah isteri Syaqiq dengan nada marah bila melihat keadaan isi buah tembikai yang buruk dan tidak elok.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya, "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq meneruskan kata-katanya, "Adapun si penjual sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga mahu membeli barang yang terbaik. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil yang terbaik dari tanamannya itu. Maka ternyatalah marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya." 







Mendengar kata-kata itu, maka menangislah isteri Syaqiq lalu ia bertaubat dan redha dengan apa yang Allah tentukan baginya.


CetakTampal dari The Red Warriors Network

Sunday 19 August 2012

Iklan Alumni Raya 2012

Assalamualaikum.. Iklan! Iklan! Iklan!


Alumni SMKKB telah mula bergiat aktif dengan pelbagai program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta ukhuwah antara bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban (SMKKB) bermula daripada lepasan yang pertama sehinggalah yang masih menuntut ilmu di SMKKB. Alumni ini bukan hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja, tetapi juga kepada tenaga penggerak SMKKB. Salah satu program tahunan Alumni adalah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan hari raya ini merupakan yang kali ketiga diadakan di SMKKB. Seperti tahun sebelumnya, sambutan hari raya ini akan diadakan secara berkala iaitu pada tarikh 4 Syawal setiap tahun. Tenaga pengajar SMKKB serta bekas pelajar SMKKB amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sehubungan dengan ini, diharap agar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri X-Qbems Nation dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga usaha murni ini diberkati dan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah S.W.T.

Dengan perlaksanaan program ini, diharap para alumni SMKKB serta tenaga pengajar SMKKB ini  akan mencapai objektif program sebagaimana berikut:
  • ·           Mengeratkan ukhuwah antara bekas-bekas pelajar SMKKB serta tenaga pengajar SMKKB.
  • ·           Menjadi memori terindah dan kenangan yang berharga sepanjang berada di SMKKB.
  • ·           Menjadi medan pertemuan antara sahabat-sahabat yang telah lama terpisah.
  • ·           Dapat mengetahui di mana bekas-bekas pelajar graduan SMKKB belajar sekarang.




Semua WARGA X-SMKKB dijemput hadir, tak kira yang baru nak daftar atau yang dah sedia ahli.

Bayaran keahlian tahunan boleh dilakukan pada hari kejadian berjumlah RM10 sahaja.

Kepada ahli yang telah berkeluarga, digalakkan membawa suami/isteri dan anak (kalau ada) bagi memeriahkan lagi majlis ini.


Sebarang info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Akhir kata, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..



Monday 6 August 2012

MusuhKu adalah GuruKu!!!



Assalamualaikum semua..
Apa khabar kalian?
Bagaimana puasa hari ini?
Harap2 semuanya OK...

Sementara menunggu waktu berbuka, Tamar nk kongsikan satu ungkapan yang baru saja Tamar ungkapkan (padahal dah lama buat).



JADIKAN musuh kamu sebagai guru kamu, banyak ilmu yang akan kamu perolehi daripadanya..
JANGAN JADIKAN guru kamu sebagai musuh kamu, sesungguhnya kamu amat rugi...

 Nukilan hati Ahmad Fauzi Yahya



Agak2nya, apakah maksud di sebalik ungkapan ini?

Sila kongsikan pandangan, teguran, cadangan, atau bantahan kalian di bawah...

Sekian saja untuk kali ini.. masa dah nak time...
Selamat berbuka..
Wasalam..

Sunday 22 July 2012

Janji Tak Buat Dah!!

Assalamualaikum..


Apa kabar teman2?
Tamar nak kongsi satu benda ni..
Sebelum ni acap kali jugak la Tamar lakukan...
MENGHEBOHKAN JUADAH BERBUKA
Kalian pernah buat tak?
Klu pernah cuba tengok ni... 



Khas kepada rakan-rakan yang suka bagitau @ upload gambar makanan yang sedap-sedap di facebook.
"Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan."

Jadi sempena bulan puasa ni, marilah kita mengejar pahala...
Selamat beramal..
Wasalam.. 

Saturday 21 July 2012

Perempuan Dan Buaya

Masalah Sosial

Ini hanya gambar hiasan, tiada kaitan antara yg hidup atau yg dah meninggal
LELAKI: Perempuan lah punya pasal,dok tayang itu tayang ini,itu gangguan seksual terhadap lelaki... Bila laki rogol, ngorat, culik, tangkap buat bohsia, marah laki plak... Kalau pmpuan smua ikut syariat islam, tak menggoda, pakai pakaian gelap dan suram, berpurdah, tak make up lebih2, tak tabarruj, baru lah nafsu lelaki jatuh... Ni tidak, bila kluar rumah, bersiap je berjam2, smua tu sbb nak goda lelaki, nak lelaki kat luar sana tgk diorang tu cantik, gorgeous, vouge, awesome, phewwit, de bomb..

PEREMPUAN: Ape plak salah pmpuan? Salah laki la... Biarlah kami nak dedah sana sini, nak tnjuk bodi kami, bodi kami kan cantik? kalau tak tunjuk, rugi lah... Kecantikan utk ditunjuk, bkn utk disimpan, sbb tu fitrah kami sbg pmpuan ni lain... Kami nak kelihatan cntik... Cuba tgk kat kedai2, barang yg cantik2 org letak kt tampat display kan? baru kedai2 diorang tu berseri2 dan menarik pelanggan kan? Yg korang tu tak tunduk pandangan tu knapa?? Kan quran suruh laki tunduk kan pandangan? Menayang kecantikan itu fitrah kami... Korang lah yg kena tnduk pandangan....

LELAKI(mereka buntu lalu menolak IBNU BATOOTA ke depan utk menjwab): Ehem ehem...... ok makcik2 sekalian... ok lah... Sy pejam mata ye, takut tergoda dgn makcik2 smua... (smbil pejam mata)... Ok, skrg sy nak tnya satu soalan...cuba makcik2 jawab..

PEREMPUAN: 100 soalan pon kami jawab laaa!! (geram dipanggil makcik)

IBNU BATOOTA: Baik, soalan sy, kalau dalam sebuah sungai tu ada baaaaaaaaaanyak sgt buaya lapar........ Tiba2 seorang wanita terjun ke dalam nya utk bermandi manda dgn rela hati tanpa dipaksa, bahkan marah melenting bila dihalang.. Dia jwb, "hei, apa kau sibuk2? Suka hati aku la nak terjun ke tak? Badan aku, bukan badan kau!"
Kemudian wanita itu diratah ratah oleh buaya lapar tadi... Lalu dia menangis dan mencela buaya tu,"
buaya bodoh!semua buaya sama je!"..
Soalan sy, siapakah yg bodoh?

Sederhana Ketika Berbuka



Assalamualaikum,
Apa khabar teman2 Tamar? Harap2 semua dalam keadaan sihat..
Hari ni Hari pertama kita berpuasa untuk tahun ni..
Macamana dengan puasa kalian? Harap2 masih teguh seperti pagi tadi..
Bagaimana dengan juadah berbuka nanti? Pasti ada yang menyediakan sendiri, ada juga yang membeli.. ikut pilihan masing2.. Tetapi kita mesti ingat. Memasak atau membeli haruslah berpada-pada..  

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (al-Isra' : 27).



Jangan terlalu ikutkan perut yang lapar, kerana dengan sebiji kurma mampu melenyapkan kelaparan itu.
Jangan ikutkan rasa dahaga anda, kerana dengan seteguk air mampu menghilangkan dahaga itu.

Friday 20 July 2012

Yeye.. Ecok Pose!!!




Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. 
Kehadiran Ramadhan tahun 2012 bulan Julai dapat dirasai setahun sekali sahaja. 
Oleh itu mungkin ada diantara kita yang telah lupa niat dan doa berbuka puasa. 
Mari kita baca kembali niat dan doa yang disediakan ini. 

Niat puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Doa Niat untuk sebulan sekali doa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.

Lafaz Niat Puasa (harian)

Niat doa puasa untuk sehari sekali
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.