Friday 20 January 2012

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Hari ini sambil-sambil melihat air hujan yang jatuh ke bumi, teringat  pulak kat Laskar Pelangi. Ntah macam mana teringat movie tu, myb sebab lepas hujan ni akan ada pelangi kot..hehe.. Tamar dah tengok berkali2 movie nie, best sangat., banyak mesej2 berguna yg disampaikan.


Sebenarnya teringat salah satu quote dalam movie tu;
“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, BUKAN untuk menerima sebanyak-banyaknya.”

Tuesday 17 January 2012

Saya Sihat!!!

Assalamualaikum..

Pukul 3 petang, dapat mesej dari kawan :
[salam jie...dh blh cek result medical kt lmn web..]
Cik Nasuha

Ni la hasilnya... alhamdulillah..
 Terima kasih kepada Cik Nasuha kerana memberi informasi di atas... Terima kasih juga kepada En. Paidi Hasan kerana memulakan pembabitan Tamar dalam bidang ini... Akhir sekali, Syukran Ya Allah kerana memberikan nikmat untuk hambaMu ini menimba ilmuMu... alhamdulillah..

Doakan kejayaan Tamar Muda ek..
Wasalam...

Thursday 12 January 2012

Realiti Atau Ilusi?

Assalamualaikum..

Siaran Langsung Wacana Perdana 9 : Praya Bebas & Adil : Realiti @ Ilusi ? 

Sesi perbahasan oleh YB Dato' Hj Husam Musa, YB Dato' Nazri Abdul Aziz dan mantan pengerusi SPR, Tan Sri Sbd Rashi.


Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir semalam.. boleh la menontonnya di KelantanTV
-----> Sila klik di SINI <----- 

p/s:Tamar hanya sekadar berkongsi, anda lihat dan anda tentukan..
Wasalam..

Tuesday 10 January 2012

Hadiah Hari Lahir 2012

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bersyukur padaNya kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini..


haa.. ni la adiah ari lahir tamar.. ok x?
Alhamdulillah.. kerana diberi peluang untuk menuntut ilmuNya yang tak terhitung... 
Esok Tamar kena gi buat medical check up.. Doakan Tamar lulus ek.. insyaallah...
Sekian untk malam ni ek.. nk tido dah.. esok pagi2 dah kena gi klinik..
Wasalam

p/s: harap maaf, kondisi gambar kurang baik, sila klik pada gambar untuk Zoom..

Selamat Hari Lahir Abah..

Assalamualaikum..


Dikesempatan ini, Tamar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Abah (Yahya Bin Daud) yang kini berada di Perantauan.. hari ni umur abah telah mencecah 59 tahun.
Semoga Abah sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan sentiasa dalam RedhoNya. amin...

Monday 9 January 2012

9 + 1 + 12 = 22

Assalamualaikum...



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin. 

Terima kasih juga Tamar ucapkan kepada keluarga, teman2 yg sentiasa mengingati Tamar dan selalu ada di sisi Tamar sepanjang 22 tahun ini... semoga di usia ini lebih banyak kebaikan dapat Tamar laksanakan dan doakan Tamar dilindungi dari malapetaka... 
Wasalam

Monday 2 January 2012

Ayuh! Kembali Ke Sekolah..

Assalamualaikum, Apa khabar teman2, harap2 sihat belaka..

Akhirnya cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Esok dah nak mula sesi persekolahan 2012.. Adik Ain dah kembali ke U, Adik Ana baru je daftar masuk asrama pagi tadi,Adik bongsu Tamar (Adik Atie) tengak sibuk duk persiapkan kelengkapan persekolahannya (last check), umi pulak sedang bertungkuslumus menyiapkan tempahan baju sekolah.. Dah rasa macam malam raya la plak.. hahaha..


Teringat zaman kecik2 dulu.. seminggu sebelum buka sekolah, semua kelengkapan dah siap.. tunggu nak g sekolah je..
Kamu.. kamu.. kamu ni, dah siap ke utk ke sekolah esok? Dah periksa apa yg patut ada? Jangan main cincai2 jer, cuba buat check list. 

Top of Form
Baju Sekolah
Kasut Sekolah
Beg Sekolah
Bekas Pensil
Stokin
Bottom of Form

Bagus3x.. bagus la kalau semua dah ada... ha.. satu lagi, esok jgn lupa bawa duit lebih, mana la tau, ada kena beli benda2 yg xde dalam senarai.. Apa-apa pon. 

Selamat Kembali Ke Sekolah...

Belajar Rajin-Rajin ya... sampaikan salam Tamar Muda kat guru2..

Wasalam..