Saturday 11 June 2011

Bukan rezeki kami..

Assalamualaikum...
sapo hok dop tengok bola semalam? 
Maghi sini, biar ambo pulok ulas.. Hok tengok bola pon buleh maghi jugok..


Sepak mula oleh pasukan Kelantan..
Penguasaan padang yang seimbang di awal permainan.. Kedua2 pasukan saling berasakan... Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.. Perlawanan tergendala seketika akibat balingan mercun ke tengah padang oleh penyokong yang fanatik... Selepas 5 minit, permainan diteruskan..

Nurul Azwan Roya telah memecahkan kebuntukan pasukan Kelantan, hantaran lambungnya berjaya memerangkap penjaga gol Terengganu (Sarbini Alawi).. Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan laungan GOMO KELATE GOMO!!!...Permainan diteruskan...

Dua minit sebelum tamat permainan, Kelantan dikejutkan dengan jaringan sendiri oleh Mohamad Daudsu jamaluddin, bola yang disepak kencang oleh Abdul Manaf Mamat gagal ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat, melambung ke arah gawang gol, Muhamad Daudsu yang berada berhampiran cuba menyelamatkan keadaan dengan menanduk keluar, namun tandukannya tidak manjadi, bola terus ke gawang gol.. Gol pertama buat Terengganu, sekaligus menafikan kemenangan buat Kelantan...

Perlawanan diheret ke masa tambahan.. Permainan agak perlahan akibat keletihan kedua2 pihak... Kelantan nampak hilang rentak akibat gol tadi, peluang itu tidak di sia2kan oleh Terengganu.. Pada minit ke 110,sekali lagi gawang Kelantan dibolosi.. Tendangan padu oleh Ahmad Nordin Alias telah membunuh kami... Rezeki bukan milik kami...

Keputusan Semasa Final Piala FA 2011: Kelantan lwn Terengganu
Separuh masa pertama: Kelantan (o) – Terengganu (0)
Minit 80: Kelantan (1) – Terengganu (0) dengan gol oleh Nurul Azwan Roya
Minit 98: Kelantan (1) – Terengganu (1) dengan gol sendiri oleh Daudsu
Minit 110: Kelantan (1)  -Terengganu (2) dengan gol oleh Ahmad Nordin Alias


Keputusan penuh Final Piala FA 2011

 


Terengganu (2) - Kelantan (1)
Terengganu menjulang Piala FA 2011

tahniah buat pasukan Terengganu... 

Setakat ni sajo ulase ambo, mitok maah banyok la kalu ulase ambo dop sedak supo Dato' Haji Hasbullah Awang... Nati semula ambo upgrate lagi.. 

Majulah Bola untuk Kelate!!!

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment