Thursday 28 July 2011

Indahnya Jelawang..

Assalamualaikum sahabat..
Dah lama Tamar xberblogger.. biasa la, sebok n penat ngn keje2 harian..
hari ni, wajah Tamar masuk surat khabar, bukan isu panas k.. suam2 kuku je...
xde modal la nk berceloteh, Klik je link kt bawah... hoihihi...


myMetro | Cabaran ‘Dunia Stong’


Time kasih abg Hafiz kerana menghasilkan rencana ini.. kredit utk Mohd Alhafiz....
 
Sekian saja utk kali ini, gambar2 kami kat Stong akan menyusul nnti.. insyaallah..

Wasalam...

Friday 8 July 2011

Apa HAK aku?

Salam Ukhwah.
Apa kabar teman2, kali ni Tamar terpanggil untuk berkongsi tips2 yg mesti kita lakukan apabila ditangkap polis, maklumlah sekarangkan dalam keadaan DARURAT, jadi kita perlu berhati2 dan bersedia dengan sebarang kemungkinan..

Apa perlu dibuat jika ditangkap polis?



-          Jangan panic. Tenang dan fahami hak anda sebagaimana jaminan perlembagaan.

-          Jika polis yang menangkap tidak berpakaian seragam,pastikan dia menunjukkan kad kuasa.

-          Jika kad kuasa berwarna merah bermakna anggota itu digantung dan tiada kuasa terhadap kita.  Abaikan anggota itu.

-          Jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, no ID, no pendaftaran kereta atau motosikal anggota polis dicatat kerana ia penting jika didakwa di mahkamah.

-          Tangkapan tidak sah jika polis tidak memberitahu alasan tangkapan.

-          Semasa tangkapan, polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi termasuk dompet dan telefon bimbit kecuali apabila dibawa ke lokap.

-          Barangan ini perlu direkod dalam Borang Senarai Rampasan. Pastikan ia dipulangkan sebaik sahaja dibebaskan.

-          Semasa ditangkap, pastikan anda dibawa ke balai polis yang sama seperti yang disebut anggota polis. Elak dan bantah dari dibawa ke balai polis lain.

-          Semasa ditangkap, anda berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan atau peguam dengan memaklumkan masa,tempat, alas an tangkapan dan lokasi balai polis yang dibawa.

-          Tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.

-          Jika mahu meneruskan tempoh itu, polis mesti membawa anda ke hadapan majistret. Pastikan anda tahu nama dan pangkat anggota yang menyoal anda.

-          Semasa soal siasat, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanya pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat. Hanya nama, alamat, pekerjaan dan umur sahaja boleh diberikan semasa soal siasat.

-          Anda perlu focus pada soalan. Elakkan berbual kosong kerana ia taktik untuk melekakan anda.
-          Jika tidak tahu jawapan yang perlu diberi semasa soal jawab, gunakan hak anda untuk berdiam diri dengan berkata; “ saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112(2)” atau “ saya menggunakan hak berdiam diri dang akan menjawab di mahkamah”.

-          Ini penting bagi mengelakkan anda terperangkap dengan soalan yang mengelirukan kerana setiap kenyataan adalah bukti dimahkamah.

-          Jika diugut dan dipaksa memberi keterangan, anda berhak membuat laporan polis.

-          Jika dihadapkan ke mahkamah, anda disaran mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
  
-          Anda berhak dilepaskan dengan ikat jamin mahkamah mengikut seksyen 29 Kanun Acara Jenayah dan boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan bilangan tanggungan anda.


(sumber: Lawyer for Liberty)
Dipetik daripada SUARA KEADILAN,m/s 23, 5 JULAI 2011

semoga apa yg Tamar sampaikan ini menjadi perisai untuk keselamatan anda (jangan lupa berdoa dan bertawakkal padaNya)..
sekian saja untuk kali ini...
Wasalam..

Wednesday 6 July 2011

Ajar seks di sekolah?

Assalamualaikum..

Nik Aziz – Ajar Seks di Sekolah Seperti Ajar Pencuri Mencuri dengan Betul

July 2nd, 2010 Mohd Huzaifah Muntalip
email
Akhirnya, satu pencerahan atau wisdom Jumaat dari Tuan Guru Nik Aziz tentang isu pengajaran pendidikan seks di sekolah ini. Dari dulu lagi dicanang-canangkan isu pendidikan seks di sekolah ni, aku memang sangat tak gemar dan dalam hati aku mengatakan pendidikan seks di sekolah ini adalah cara yang tak betul dan penuh elemen kebaratan. Turut dalam hati aku ingin sungguh aku hendak ulama-ulama utama di jabatan-jabatan kerajaan yang selalu keluar radio dan TV supaya tampil mengatakan perkara pendidikan seks di sekolah ini adalah salah tetapi harapan tinggal harapan. Dengan satu hujah yang ringkas tapi menusuk dari Nik Aziz sudah cukup menjawab semua kekalutan. Ajar seks di sekolah seperti ajar pencuri mencuri dengan betul. Janganlah kita menjadi golongan Muktazilah iaitu golongan yang menggunakan akal logik dalam urusan agama. Marilah kita semua pulang ke pangkal jalan. Pulanglah kepada wasiat Nabi. Pulanglah kepada al-Quran dan sunnah nabi. InsyaAllah kita selamat di dunia dan di akhirat. Terima kasih Nik Aziz!

nik aziz
Dengan gaya penuh tawaduk, Nik Aziz mengeluarkan hujah yang hebat.
KOTA BHARU 2 Julai – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
Mursyidul Am Pas itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ”zina” dan bukan ”seks bebas” seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2010/07/nik-aziz-ajar-seks-di-sekolah-seperti-ajar-pencuri-mencuri-dengan-betul/#ixzz1RLOoGSrZ

Friday 1 July 2011

Perempuan bisu dan hotdog


Assalamualaikum..
Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudah pun berkahwin,pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.

Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat die.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.


The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?