Tuesday 24 May 2011

Tips Kecantikan Untuk Muslimah

Assalamualaikum...
Dalam entry kali ini, Tamar ingin berkongsi tentang tips-tips kecantikan.. bila bercakap pasal kecantikan, sudah semestinya sinonim dengan wanita dan post ini Tamar tujukan untuk adik2,akak2, makcik2, nenek2 dan yang sewaktu dengannya...

gambar hiasan..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling  tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kamulah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kamu perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik ???


# Jadikanlah
Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah sabun Istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan Selendang Islam yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung kesucian.

# Bedaklah wajah anda dengan air Wudhu nescaya akan bercahaya di akhirat.


selamat mencuba, semoga berjaya....
Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment