Sunday, 22 May 2011

Tinta Buat Muslimah


  
DIJADIKAN MUSLIMAH DARI TULANG RUSUK YANG BENGKOK, 
UNTUK DILURUSKAN OLEH LELAKI,
TETAPI KALAULAH LELAKI SENDIRI TIDAK LURUS,
TAK MUNGKIN MAMPU UNTUK MELURUSKAN MEREKA,
KERANA TIDAK LOGIK
KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG YANG LURUS.
LURUSKANLAH WANITA DENGAN CARA  YANG DITUNJUKKAN ALLAH
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEDEMIKIAN RUPA OLEH-NYA
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARI-NYA
AKALNYA SENIPIS RAMBUT TEBALKANLAH IA DENGAN ILMU
HATINYA SERAPUH KACA KUATKANLAH IA DENGAN IMAN
PERASAANNYA SELEMBUT SUTERA HIASILAH IA DENGAN AKHLAK
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN & KEADILAN
JANGANKAN LELAKI BIASA NABI PUN SUNYI TANPA MEREKA
TANPA MEREKA HATI, FIKIRAN & PERASAAN LELAKI AKAN RESAH
MASIH MENCARI WALAUPUN SUDAH ADA SEGALA-GALANYA
APA YANG TIADA DI SYURGA?
NAMUN NABI ADAM TETAP RINDUKAN  HAWA
KEPADA WANITALAH LELAKI MEMANGGIL IBU, ISTERI @ PUTERI
TUHAN,
BISIKKANLAH KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN
BUKAN SUATU KELEMAHAN,IA BUKAN DISKRIMINASI TUHAN
SEBALIKNYA DI SITULAH KASIH SAYANG TUHAN
JINAKKANLAH DIRI MEREKA KEPADA ALLAH
NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALANYA
DI BAWAH PIMPINAN LELAKI
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI
SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA
JIKA DIRIMU TAK SEHEBAT SAIDINA ALI
TERIMALAH WANITA SEADANYA
KERANA SETIAP CIPTAAN ALLAH
TIADA YANG SIA-SIA
SEMUANYA PENUH MAKNA
DAN KATAKANLAH KEPADA WANITA YANG BERIMAN;
“HENDAKLAH MEREKA MENUNDUKKAN PANDANGAN
& MEMELIHARA KEHORMATAN,
& JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN
KECUALI YANG BIASA NAMPAK,
& HENDAKLAH MEREKA MENUTUP
TUDUNG KE DADANYA”

No comments:

Post a Comment