Friday 6 May 2011

Adakah Kita Cukup Adil?


Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji itu khas dan selayaknya untuk Allah Taala yang maha Agung, menguasai dan mentadbir bumi dan langit serta yang berada di antara keduanya dengan seadil-adilnya, lantaran Dia Tuhan yang maha Adil dan meletakkan sesuatu itu bertepatan pada hak mereka.

Kenapa Tuhan meletakkan matahari itu sebagai pusat sistem suria?
Kenapa Tuhan meletakkan bumi sebagai planet ketiga dari matahari?
Kenapa planet Musytari itu planet terbesar dalam sistem suria?
Kenapa orbit planet berbentuk ellipse? Tak berbentuk bulat?



Dan macam-macam lagi perkara yang dapat membuktikan kepada kita bahawa Allah Taala itu maha Adil. Namun, setelah lama kita menelusuri hari-hari perjalanan kita seharian, pernahkah kita bersungguh-sungguh dalam berlaku adil dengan Allah Taala?

Adakah solat kita di awal waktu?
Adakah kita berdoa pada Allah ketika senang?
Adakah kita baca doa selepas bangun tidur?
Adakah kita mengucapkan hamdalillah selepas makan?
Ada tak kita menasihati sahabat kita yang lain tentang hari Akhirat?
Ada tak kita mengingatkan ahli keluarga kita pasal keadaan Neraka?

Haa...

Sebagai hamba yang berkhidmat untuk Tuannya, maka apakah boleh dia meninggalkan hak Tuannya tidak dijaga?

Sebagai hamba yang bersedia untuk Tuannya, apakah boleh dia leka dalam melakukan tugasnya?

Sebagai hamba, adakah patut dia menolak hak Tuannya dengan sengaja?

Haa..

Maka fikirlah wahai yang mempunyai pemikiran kerana sesungguhnya, lembu dan kambing tiada akal dan upaya untuk berfikir...
Maka ambillah iktibar wahai yang mengambil pengajaran, kerana ikan dan serangga hanya hidup berdasarkan naluri fitrah mereka...
Maka bermuhasabahlah, wahai hati yang insaf, kerana pintu taubat itu masih terbuka...

Kita, sebagai hamba, yang mengharap pada Tuhan.
Sedangkan Tuhan tidak pernah mengharapkan kepada kita...

No comments:

Post a Comment