Wednesday, 25 May 2011

Pesanan Imam Shafie

Assalamualaikum....
 
Sebelum Imam Shafie wafat, 
beliau sempat berpesan kepada muridnya serta
umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: 
 
gambar hiasan..
 
" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia 
dlm keadaan selamat maka hendaklah ia 
mengamalkan 10 perkara:" 
 
1. hak kpd diri: 
mengurangkan tidur, mengurangkan makan, 
percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. 
 
2. Hak kpd malaikat maut: 
mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,
mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, 
membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH 
 
3. Hak kpd kubur: 
membuang tabiat suka menabur fitnah, 
tabiat kencing merata-rata, 
memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi. 
 
4. Hak kpd Munkar dan Nakir : 
tidak berdusta, berkata benar, 
 meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
 
5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): 
menahan kemarahan, byk berzikir, 
mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan. 
 
6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):  
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, 
suka membantu orang beriman dan suka berjamaah. 
 
7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): 
menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, 
berbuat baik kpd ibu bapa, 
bersedekah ketika terang-terangan serta 
sembunyi dan memperelokkan akhlak. 
 
8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): 
merasa redha kpd qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, 
bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan 
bertaubat dr melakukan maksiat. 
 
9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: 
berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, 
bergantung kpd al sunnah (hadith), 
menyayangi para sahabat dan bersaing dlm 
mencari kelebihan dari ALLAH. 
 
10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah 
kebaikan, mencegah dari kemungkaran, 
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 
 

No comments:

Post a Comment