Wednesday, 9 November 2011

Hari Ini Aku Hidup

Assalamualaikum..

Segala pujian itu hanyalah untuk Allah Taala, yang maha Menghidupkan dan maha Mematikan.

Sesungguhnya, kehidupan yang kita lalui ini sebagai satu ujian untuk diri kita supaya menjadi pendorong untuk melakukan sebaik-baik amalan untuk Allah Taala.

"Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu yang mana satu yang paling baik amalan nya, dan Dialah Tuhan yang maha Perkasa lagi maha Pengampun" (almulk:2)

Kehidupan yang sementara inilah yang perlu kita gunakan sebaik-baiknya agar mendapat bekalan yang mencukupi untuk menuju negara akhirat. Dan sebaik-baik bekalan itu ialah Taqwa.

" Berbekallah, sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu ialah Taqwa" (albaqarah:197)

Dan apakah erti Taqwa itu?

" Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, menunaikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada harta mereka yang kami kurniakan" (albaqarah:3)

Apakah itu susah? Ya.

" Dan mintalah kepada Tuhanmu, dengan cara sabar dan menunaikan solat, dan sesungguhnya, kedua-dua itu, adalah berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk." (albaqarah:45)

Bagaimanakah untuk meringankannya? Percaya pada hari Akhirat.

" Iaitu mereka yang meyakini bahawa sesungguhnya mereka akan berjumpa dengan Tuhan mereka, dan sesungguhnya mereka akan kembali kepadaNya" (albaqarah:46)

Tidak mampu?

" Bertaqwalah kamu kepada Allah Taala, dengan semampu kamu."

" Barangsiapa yang melihat, kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu, dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."

Kerana setiap perkara yang susah ada kesenangan.

" Sesungguhnya, di samping kesusahan ada kesenangan" (alinsyirah:5)

Dan janganlah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah Taala.

" Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah Taala, sesungguhnya, yang berputus asa dari rahmat Allah Taala, hanyalah mereka yang kufur" (yusuf:87)

Oleh itu, berimanlah kepada Allah Taala, tunaikanlah hak-hak Allah Taala dan hak manusia seadilnya, jauhilah maksiat sepertimana jauhnya kamu dalam mengelak api neraka, lakukanlah amar makruf nahi mungkar, dan berihsanlah dalam kesemua perkara itu.


" Dan berikanlah khabar gembira, bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, akan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai" (albaqarah:25)

Wallahu a'lam

2 comments: