Saturday, 3 December 2011

Dia Datang Menyerah

>>Oleh: Tamar Muda
tamarmuda@yahoo.com

POHON BULUH: Suasana kelam kabut menyelubungi kawasan kampung ini apabila ada penduduk yang melihat satu objek hitam merangkak keluar dari sebuah semak (betol ke sebuah?). Objek yang mulanya disangkakan seekor biawak rupa-rupanya seekor kura-kura yang tersesat memasuki kampong. 


   Kura-kura yang seberat 2kg itu merangkak di halaman rumah Yahya Bin Daud sehingga sampai ke tangga rumahnya (rumah abah Tamar la). Menurut saksi di tempat kejadian, Daud Bin Mamat, kura-kura tersebut berkemungkinan hanyut di bawa arus air banjir yag telah melanda kampong ini beberapa hari lalu. Kejadian berlaku pada lewat petang kelmarin.

 
   Haiwan itu Berjaya ditangkap oleh cucu saksi, Ahmad Fauzi Yahya dan dikurung di dalam sebuah bekas yang selamat.

 
   Dalam kejadian berasingan, Seekor ikan haruan yang dianggarkan sebesar lengan orang dewasa normal mengensot-ensot di atas kaki lima rumah sepasang warga emas pada pagi kelmarin, ikan itu kemudian disembelih dan dimasak gulai bersama pisang…  
Rezeki datang mengensot, alhamdulillah!!!

ihsan daripada Google --> gulai yg asal xsempat diSnap.




No comments:

Post a Comment