Friday, 18 November 2011

Mengidam Pasta!

Assalamualaikum

Mengidam Pasta??? Hahaha.. macam orang mengandung la plak...
Jadi apa lagi, bila dah mengidam ni, kena la tunaikan... kalau xtunaikan, kempunan la jawabnya.. kan kan kan.. Tamar pon mula sediakan bahan2.... Opss.. terlupa pulak yang kami ni owg melayu sejati.. mana la ada mee (pasta) kt umah ni... ermmm... Fikir!
Fikir.!
Fikir..!
Fikir...!
Fikir....!

Ha.... dapat 1 idea... guna je kuey teow (kenapa kuey teow? – sebab ni je yg ada dalam peti ais...)

Pasta Udang
Bahan-bahannya :
·         Semangkuk Pasta (kuey teow)
·         3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
·         1 bawang besar (separuh dimayang, separuh ditumbuk)
·         1 sudu besar lada hitam
·         Setangkai daun bawang
·         1sudu kecil stok ayam (larutkan bersama ½ cawan air
·         2 sudu besar minyak sayuran
·         5 ekor udang

Bahan2 dah ada, jom masak!!
Mula2, panaskan minyak.. Tumis bawang putih dan separuh bawang besar yang telah ditumbuk selama seminit dengan api yg sederhana.. Masukkan udang, setelah udang masak, masukkan kuey teow.. lepas 2, tambahkan air stok ayam.. masukkan lada hitam dan bawang besar.. akhir sekali.. hias dengan daun bawang.. Siap!!!

hiasan xcantik (lapar punya pasal)
Nota
  • kalau guna pasta, pastikan direbus terlebih dahulu.. 
  • jangan terlalu terikat dengan buku resepi, cuba ikut cara sendiri...
Selamat Mencuba!!

Azan isyak dah berkumandangan.. Jom solat.. 
Lepas ni nak masak ape pulak ek??
Fikir.!
Fikir..!
Fikir...!
Fikir....!
?
Hehehe.. sekian untuk kali ini... Wasalam..

No comments:

Post a Comment