Friday 18 November 2011

Nasi Goreng Udang

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Apa kaba teman2 di pagi ini?
Harap2 sihat semuanya..
Pagi ni Tamar nak berkongsi satu resepi ngn kawan2..
Resepi apa?
Resepi nasi goreng jer… nasi goreng bujang… amat sesuai untuk warga2 bujang kt luar sana 2.. Kenapa? Sebab senang je resepi ni…  jom kita mulakan…

Nasi Goreng Udang
Bahan-bahannya
  • Semangkuk nasi (untuk seorang)
  • 3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
  • 5 biji cili padi
  • 1 susu kecil kicap sotong
  • Setangkai sayur sawi
  • Secubit  Maggi Secukup Rasa
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 5 ekor udang

Bahan2 dah ada, jom masak!!
Mula2, panaskan minyak sayuran.. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk selama seminit dengan api yg sederhana (pastikan bawang bewarna kekuningan) .. Masukkan udang, setelah udang masak, masukkan nasi yang telah disejukkan.. lepas 2, tambahkan kicap sotong.. masukkan sayur sawi.. kacau sehingga sebati.. Akhir sekali.. hias dengan tomato dan timun.. Siap!!!


Selamat mencuba!!!

p/s: ni resepi semalam, makanan Tamar selepas selesai post entri pasal Pasta…  Panaskan dan hidang sebagai sarapan pagi.. hehehe.. bijak kan.. yang penting Jangan Membazir..

No comments:

Post a Comment