Saturday, 5 November 2011

SomTamKu Masin...


Assalamualaikum..

Tadi masa tolong umi masak nasi lemak… Terlihat betik muda kat tepi meja, sungguh menggoda.. hihihi.. rasa cam nak makan somtam jer…

Selongkar dalam peti ais, cari bahan2.. bawang putih ada.. cili padi ada.. limau nipis ada.. tomato ada.. sos ikan xde (guna kicap sotong), kacang goreng ada (kebas kacang nasik lemak umi)… Alamak!!! Udang kering TAK ADAHummmmm???  xpe2.. guna saja BELACAN.. hihihi.. belacan pon diperbuat daripada udang jugak kan kan kan… 

Bahan2 dah ada, mula2 tumbuk bawang putih,  cili padi (5 biji) dan udang kering (belacan). Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan kacang goreng, betik yang telah diparut. Gaul hingga sekata.  Tuangkan sos ikan (kicap sotong) , air limau nipis, gula dan tomato. Kacau hingga sebati dan SIAP!!
 
Senang je kan..

gambar ni, pinjam dalam tenet je..


Jom Makan.. Nyum3x….opsss! Masin la… hahaha.. Terlebih belacan… 

TipS Dari Tamar: kalau nak masak apa2 jenis masakan sekalipon, jangan bergantung kepada Buku masakan.. buat ikut cara sendiri, Baru puas hati….

Wasalam…

No comments:

Post a Comment