Thursday, 10 January 2013

Siakap Masam Manis Untuk Abah



Assalamualaikum semua.. Hari ni 10/01/2013 adalah hari ulang tahun kelahiran abah Tamar yang ke 60.. Tadi Tamar dah sediakan menu khas untuk abah.. Siakap Masam Manis.. Bukan selalu dapat ni.. Maklum la kami bukan dari golongan berada. Alhamdulillah kali ni adda rezeki lebih, jadi dapat la merasa ikan siakap..
Di sini Tamar nak berkongsi dengan kawan2, resepi Siakap Masam Manis yang telah Tamar sediakan... (Memang belambak resepi ni dalam internet, tapi ini cara Tamar sendiri)

SIAKAP MASAM MANIS


Bahan A
·         Seekor ikan siakap
·         Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan B (Untuk Sos)
·         5 biji bawang merah (dihiris)
·         3 ulas bawang putih (dihiris)
·         ½ inci halia (dihiris)
·         5 sudu makan sos tomato
·         3 sudu makan sos cili
·         3 biji cili merah (dipotong nipis)
·         ½ cawan air
·         1 biji lobak merah (dipotong nipis)
·         ½ lada benggala (dihiris)
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Minyak masak

Bahan C (Untuk Hiasan)
·         daun ketumbar
·         sebiji cili merah
·         daun salad
·         2 biji tomato (dipotong nipis)


Cara Membuat
1.    Ikan siakap dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2.   Terbalikkan kedua-dua belah ikan supaya masak rata. Kemudian angkat ikan dan letakkan di atas pinggan yang telah dialas daun salad.
3.   Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4.   Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.   Kemudian masukkan cili merah, lada benggala dan lobak merah.
6.   Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digoreng tadi.
7.   Hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.

Bila dah siap hias2, maka siaplah resepi Tamar.. Kepada anda yang ingin mencuba, silakan. Cuma 1 saja pesanan Tamar, Jangan terlalu bergantung semata2 pada resepi (rujukan). Cuba variasikannya dengan cara sendiri, insyaallah anda kan sentiasa puas hati dengan masakan anda.. Selamat Mencuba.. Wasalam..

No comments:

Post a Comment