Tuesday 29 January 2013

LEBIH BAIK JILAT AIR LIUR SENDIRI..

Assalamualaikum

Suatu malam, semasa hendak mengangkat baju di jemuran..

AFY: Assalamualaikum bang.
TM: Wasalam.. (jawabnya pendek jer)
AFY: Kenapa nampak macam marah je ni bang?
TM: Memang aku marah. Aku geram sangat..
AFY: Marah? Geram? Pasal ape bang?
TM: Petang tadi janda aku datang, merayu-rayu suruh aku rujuk balik.
AFY: Sampai macam tu sekali? Pastu, nak rujuk balik ke?
TM: Kau gila ke? Buat apa aku rujuk balik, dia tu miskin... selama aku hidup ngan dia, xpernah rasa senang.
AFY: Kesian la kat dia bang.. Dia  pon taknak hidup miskin..
TM: Apa aku peduli.. Aku ada perinsip la.
AFY: Apa perinsip abang?
TM: “SEKALI AKU DAH LUDAH, AKU TAKKAN JILAT BALIK”
AFY: Erm... pastu, nk buat apa skrang ni?
TM: Apa lagi, cari yang baru la, yang penting kaya..
AFY: Ooo.. patut la saya tengok abang asyik keluar dengan Datin Bedah. Nak harta dia la ek.
TM: Pandai pon.. dalam hidup ni, kita kena buat apa saja, asalkan boleh hidup senang..
AFY: Ermmmm... takpa la kalau macam tu, tapi perinsip saya lain..
TM: Apa pula perinsip kamu?
AFY: “LEBIH BAIK JILAT AIR LIUR SENDIRI, DARIPADA JILAT KAHAK ORANG LAIN”
TM: Kenapa kamu kata macam tu?
AFY: Menjilat air liur sendiri nampak kurang cerdik, tapi menjilat kahak orang lain adalah perbuatan orang gila..
TM: sob3x.. insaf dah...

Mesej yang Tamar cuba sampaikan ialah
1- kita patut bersukur dengan apa yang kita miliki..
2- jangan salahkan takdir jika hidup susah, sebaliknya memohon pertolongan Allah, tapi kalau doa saja tak guna.. usaha pon kena la jugak..
3- mengampu, membodek, dan yang seangkatan dengannya tidak akan menyenangkan kita bahkan akan menyusahkan kita di kemudian hari. (senang harta jer, tapi hati gundah gulana)
4- dan akhir sekali, niat tidak menghalalkan cara..

Jika anda ada pandangan atau cadangan atau ulasan atau luahan atau jawapan atau amaran, sila nyatakan di bawah..
Sekian saja untuk hari ini.. Sehingga kita bertemu lagi.. insyaallah..
Wasalam...


No comments:

Post a Comment