Saturday 21 July 2012

Sederhana Ketika Berbuka



Assalamualaikum,
Apa khabar teman2 Tamar? Harap2 semua dalam keadaan sihat..
Hari ni Hari pertama kita berpuasa untuk tahun ni..
Macamana dengan puasa kalian? Harap2 masih teguh seperti pagi tadi..
Bagaimana dengan juadah berbuka nanti? Pasti ada yang menyediakan sendiri, ada juga yang membeli.. ikut pilihan masing2.. Tetapi kita mesti ingat. Memasak atau membeli haruslah berpada-pada..  

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (al-Isra' : 27).



Jangan terlalu ikutkan perut yang lapar, kerana dengan sebiji kurma mampu melenyapkan kelaparan itu.
Jangan ikutkan rasa dahaga anda, kerana dengan seteguk air mampu menghilangkan dahaga itu.

Firman Allah yang bermaksud: " Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (al-'Araf : 31).



Satu lagi pesanan Tamar.. Kalau boleh,kalau boleh la, kalau dah tak boleh, tak paksa pon. Berbuka dulu dengan sebiji kurma dan segelas air, lepas tu mendirikan solat.. setelah selesai solat, barulah menjamu selera. insyaallah, masanya akan lebih panjang berbanding makan sebelum solat.. 

Okay la.. setakat ini saja perkongsian Tamar untuk petang ini..
Tamar nak gi beli lauk, xde mood untuk masak.. (malas sebenarnya.. haha)
Lain kali kita bersua lagi.. 
Selamat Berbuka dan Selamat Beramal.. 
Wasalam

No comments:

Post a Comment