Tuesday 10 July 2012

Rindu Sama Kamu


Assalamualaikum sahabat2 ku.. 

Hari ini mahu pergi melawat Sekolah Menengah KebangsaanKubang Bemban. Tempat Tamar membesar, melalui zaman Sekolah Menengah yang penuh dengan kenangan.


Hampir enam bulan dah Tamar tidak menjejakkan kaki ke sekolah..
mesti banyak yang telah berubah.. 
Kali terakhir pergi sana, sebelum menyambungkan pelajaran kat INSTEP..
Tamar sayang Umi dan Abi Tamar.
Mereka sebahagian daripada kehidupan Tamar.
Kalau Allah izin Tamar menjejak angkasa,
atau memerintah dunia,
Tamar tetap yang paling kerdil,
bila berhadapan dengan guru-guru Tamar.

Bagaimanakah anda dengan guru-guru anda?
Apakah mereka sebahagian daripada kehidupan anda?
Sudah menziarahi mereka?

Jom, harmonikan kehidupan kita dengan kasih dan cinta, yang bukan kepada kekasih semata-mata!

Nota kaki:
Umi
= Panggilan untuk guru wanita
Abi
= Panggilan untuk guru lelaki 

No comments:

Post a Comment