Friday 20 January 2012

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Hari ini sambil-sambil melihat air hujan yang jatuh ke bumi, teringat  pulak kat Laskar Pelangi. Ntah macam mana teringat movie tu, myb sebab lepas hujan ni akan ada pelangi kot..hehe.. Tamar dah tengok berkali2 movie nie, best sangat., banyak mesej2 berguna yg disampaikan.


Sebenarnya teringat salah satu quote dalam movie tu;
“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, BUKAN untuk menerima sebanyak-banyaknya.”

Bila teringat qoute tu, terus terpikir nak tulis entri pasal tu hari ini..hehehe..
Kita juga seringkali mendengar kata-kata lain yang semaksud dengannya;
“Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”

Ewah..Ewah.. Bila sebut ja pasal “memberi lebih baik dari menerima”, Tamar pasti ramai yang tersenyum. Mana tidaknya dulu kawan-kawan saya jadikan point ini untuk minta kita belanja. Aduish! Pandai betul korang gunakan point ini minta belanja ea..hehe..

Tetapi pada Tamar, apabila teringat quote ini ianya bukanlah berkaitan memberi bantuan dari segi kewangan seperti menderma, atau belanja  kawan-kawan semata-mata. Sekiranya kita ada kemampuan bolehlah memberi dari segi kewangan. Sekiranya tidak, ada cara lain untuk memberi.

Berilah ilmu pengetahuan atau informasi yang bermanfaat kepada orang ramai. Ini juga satu amal yang baik kerana orang yang memberi ilmu dapat mengingatkan untuk dirinya juga disamping menyampaikan kepada orang lain.

Semoga dengan ilmu yang baik ini diberkati dan mendapat ganjaran selagi masih diamalkan insyaAllah. 

Betul tak kawan-kawan??

No comments:

Post a Comment