Sunday 5 February 2012

Jangan Menilai Buah Limau melalui Kulitnya..

 Assalamualaikum.. 
Jom belajar Peribahasa dengan Tamar.. 
Peribahasa untuk hari ini ialah:


Jangan menilai buah limau melalui kulitnya.. Kulit yang licin, belum tentu isinya manis.. 


Entry hari ni ialah tentang cara untuk menilai seseorang . Ohyea first sekali PLEASE jangan menilai buah limau dari kulitnya sahaja ataupun bermaksud jangan menilai seseorang hanya dari luarannya sahaja. Bermakna kita tidak boleh menilai seseorang itu hanya dari segi penampilannya sahaja. Kadang-kadang personaliti nampak meyakinkan tetapi dalamannya @#$%^ ;D belum tahu bagaimana.

Ketika kita melihat seseorang pada saat pandangan pertama, lalu mengenalinya dari fikiran dan percakapan yang diucapkan, ditambah dengan body language, sepertinya kita boleh menilainya. Berdasarkan teori, adalah dikenal dengan istilah persepsi. Persepsi dipengaruhi oleh akal, fikiran dan pengalaman kita. Ketiga hal ini akan memberikan pengertian kepada kita ketika kita melakukan penilaian seseorang ataupun sesuatu pada pertama kali melihat dan mengenali seseorang. Selain persepsi pula, adalah hati kecil atau hati nurani yang berbicara. Hati nurani selalu membimbing kita yang membezakan kita dengan binatang.

Tips utama dalam menilai seseorang adalah berfikiran positif. Sebelum kita menilai orang lain, kita hendaklah cuba menilai diri kita sendiri terlebih dahulu. Bagaimana tampilan luar kita dan bagaimana sikap kita dan tutur kata kita .


Selamat berfikir..
Wasalam..

1 comment:

  1. berbaik sangka pada orang lain. tapi sekuat mana 1st impression mempengaruhi impresi yang seterusnya?

    ReplyDelete