Saturday, 18 May 2013

Aku Beristeri Empat!!!

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI


Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian
Isteri Keempat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang

Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’

Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’

Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’

Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’

Siapa isteri pertama hingga ke empat?


Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita

Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.



No comments:

Post a Comment