Sunday, 19 August 2012

Iklan Alumni Raya 2012

Assalamualaikum.. Iklan! Iklan! Iklan!


Alumni SMKKB telah mula bergiat aktif dengan pelbagai program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta ukhuwah antara bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban (SMKKB) bermula daripada lepasan yang pertama sehinggalah yang masih menuntut ilmu di SMKKB. Alumni ini bukan hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja, tetapi juga kepada tenaga penggerak SMKKB. Salah satu program tahunan Alumni adalah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan hari raya ini merupakan yang kali ketiga diadakan di SMKKB. Seperti tahun sebelumnya, sambutan hari raya ini akan diadakan secara berkala iaitu pada tarikh 4 Syawal setiap tahun. Tenaga pengajar SMKKB serta bekas pelajar SMKKB amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sehubungan dengan ini, diharap agar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri X-Qbems Nation dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga usaha murni ini diberkati dan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah S.W.T.

Dengan perlaksanaan program ini, diharap para alumni SMKKB serta tenaga pengajar SMKKB ini  akan mencapai objektif program sebagaimana berikut:
  • ·           Mengeratkan ukhuwah antara bekas-bekas pelajar SMKKB serta tenaga pengajar SMKKB.
  • ·           Menjadi memori terindah dan kenangan yang berharga sepanjang berada di SMKKB.
  • ·           Menjadi medan pertemuan antara sahabat-sahabat yang telah lama terpisah.
  • ·           Dapat mengetahui di mana bekas-bekas pelajar graduan SMKKB belajar sekarang.




Semua WARGA X-SMKKB dijemput hadir, tak kira yang baru nak daftar atau yang dah sedia ahli.

Bayaran keahlian tahunan boleh dilakukan pada hari kejadian berjumlah RM10 sahaja.

Kepada ahli yang telah berkeluarga, digalakkan membawa suami/isteri dan anak (kalau ada) bagi memeriahkan lagi majlis ini.


Sebarang info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Akhir kata, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..



No comments:

Post a Comment