Monday 29 August 2011

Mak Bulan dah beranak, Esok Raya!!!

Assalamualaikum...


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini. 

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. -- BERNAMA 

Di bulan yang mulia ini,Tamar ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak! Sekiranya ada termakan dan terminum (free) tu harap halal kan lah ye!

AMARAN: Jangan makan banyak sangat lemang, ketupat, rending, sate, dan yang sewaktu dengannya tau.

Akhir sekali......
"Selamat Menyambut Aidilfitri" dan "Maaf zahir dan batin"


Salam Lebaran dari:- 
Ahmad Fauzi Yahya  a.k.a Tamar Muda dan keluarga..

No comments:

Post a Comment