Monday 1 August 2011

Jom Berpesta

Assalamualaikum sahabat... Alhamdulillah, dengan izin Allah kita diberi peluang sekali lagi untuk berjumpa dan menikmati ramadhan pada tahun ini. Moga-moga kita dapat meraikan pesta ibadah di dalam bulan ramadhan kali ini dengan dimeriahkan dengan beramai-ramai ke masjid mendirikan solat tarawih. 



Sebenarnya solat sunat Tarawih adalah antara aktiviti yang paling unik. Ia menjadi unik kerana solat sunat Tarawih hanya boleh dilakukan di dalam bulan ramadan sahaja. Solat tarawih hanya boleh didirikan selepas kita berjaya menunaikan solat Isyak. Jika kita tidak berjaya menunaikan solat isya' (wajib) itu menunjukkan kita masih lagi belum layak untuk pergi ke peringkat seterusnya iaitu solat tarawih (sunat muakkad).

Dalam pada itu, apabila kita berpuasa. Pastinya kita memikirkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan pada bulan Ramadan ini. Oleh itu Tamar cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan supaya masa kita terisi dengan perkara yang bermanfaat.

  1. Bertadarus Al-Quran
  2. Melewatkan sahur
  3. Meningkatkan aktiviti bersedekah
  4. Menghidupkan malam dengan Qiamulail
  5. Mencari malam Laila al-Qadar

Apabila menyebut mencari malam Lailatul Qadar ini. Aktiviti pencariannya harus dimulakan semenjak hari pertama ramadan lagi. Walaupun ada hujah mengatakan yang malam Lailatul Qadar itu berlaku pada sepuluh malam terakhir. Kita perlu lebih awal bersedia dan mempersiapkan diri.

Sekian saja utk kali ini, Tamar kena tido awal, esok ada keje yang agak menguji ketahanan mental dan fizikal, takot ngantok kt tempat keje... hihihi.. semoga semua urusan hari2 mendatang dipermudahkan dah diringankan segala beban.

Sebelum mengundur diri, saya Ahmad Fauzi Yahya mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga iman dan amal kita semakin bertambah baik daripada tahun-tahun yang lalu. Semoga tuhan memberikan kita kesihatan yang terbaik dan rezeki yang berkat di sepanjang bulan ramadan ini dan berterusan pada bulan-bulan yang akan datang, Insyaallah.

Selamat berpuasa, berbuka dan beramal! (^_^)b

No comments:

Post a Comment