Friday 8 July 2011

Apa HAK aku?

Salam Ukhwah.
Apa kabar teman2, kali ni Tamar terpanggil untuk berkongsi tips2 yg mesti kita lakukan apabila ditangkap polis, maklumlah sekarangkan dalam keadaan DARURAT, jadi kita perlu berhati2 dan bersedia dengan sebarang kemungkinan..

Apa perlu dibuat jika ditangkap polis?



-          Jangan panic. Tenang dan fahami hak anda sebagaimana jaminan perlembagaan.

-          Jika polis yang menangkap tidak berpakaian seragam,pastikan dia menunjukkan kad kuasa.

-          Jika kad kuasa berwarna merah bermakna anggota itu digantung dan tiada kuasa terhadap kita.  Abaikan anggota itu.

-          Jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, no ID, no pendaftaran kereta atau motosikal anggota polis dicatat kerana ia penting jika didakwa di mahkamah.

-          Tangkapan tidak sah jika polis tidak memberitahu alasan tangkapan.

-          Semasa tangkapan, polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi termasuk dompet dan telefon bimbit kecuali apabila dibawa ke lokap.

-          Barangan ini perlu direkod dalam Borang Senarai Rampasan. Pastikan ia dipulangkan sebaik sahaja dibebaskan.

-          Semasa ditangkap, pastikan anda dibawa ke balai polis yang sama seperti yang disebut anggota polis. Elak dan bantah dari dibawa ke balai polis lain.

-          Semasa ditangkap, anda berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan atau peguam dengan memaklumkan masa,tempat, alas an tangkapan dan lokasi balai polis yang dibawa.

-          Tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.

-          Jika mahu meneruskan tempoh itu, polis mesti membawa anda ke hadapan majistret. Pastikan anda tahu nama dan pangkat anggota yang menyoal anda.

-          Semasa soal siasat, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanya pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat. Hanya nama, alamat, pekerjaan dan umur sahaja boleh diberikan semasa soal siasat.

-          Anda perlu focus pada soalan. Elakkan berbual kosong kerana ia taktik untuk melekakan anda.
-          Jika tidak tahu jawapan yang perlu diberi semasa soal jawab, gunakan hak anda untuk berdiam diri dengan berkata; “ saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112(2)” atau “ saya menggunakan hak berdiam diri dang akan menjawab di mahkamah”.

-          Ini penting bagi mengelakkan anda terperangkap dengan soalan yang mengelirukan kerana setiap kenyataan adalah bukti dimahkamah.

-          Jika diugut dan dipaksa memberi keterangan, anda berhak membuat laporan polis.

-          Jika dihadapkan ke mahkamah, anda disaran mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
  
-          Anda berhak dilepaskan dengan ikat jamin mahkamah mengikut seksyen 29 Kanun Acara Jenayah dan boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan bilangan tanggungan anda.


(sumber: Lawyer for Liberty)
Dipetik daripada SUARA KEADILAN,m/s 23, 5 JULAI 2011

semoga apa yg Tamar sampaikan ini menjadi perisai untuk keselamatan anda (jangan lupa berdoa dan bertawakkal padaNya)..
sekian saja untuk kali ini...
Wasalam..

No comments:

Post a Comment