Wednesday 6 July 2011

Ajar seks di sekolah?

Assalamualaikum..

Nik Aziz – Ajar Seks di Sekolah Seperti Ajar Pencuri Mencuri dengan Betul

July 2nd, 2010 Mohd Huzaifah Muntalip
email
Akhirnya, satu pencerahan atau wisdom Jumaat dari Tuan Guru Nik Aziz tentang isu pengajaran pendidikan seks di sekolah ini. Dari dulu lagi dicanang-canangkan isu pendidikan seks di sekolah ni, aku memang sangat tak gemar dan dalam hati aku mengatakan pendidikan seks di sekolah ini adalah cara yang tak betul dan penuh elemen kebaratan. Turut dalam hati aku ingin sungguh aku hendak ulama-ulama utama di jabatan-jabatan kerajaan yang selalu keluar radio dan TV supaya tampil mengatakan perkara pendidikan seks di sekolah ini adalah salah tetapi harapan tinggal harapan. Dengan satu hujah yang ringkas tapi menusuk dari Nik Aziz sudah cukup menjawab semua kekalutan. Ajar seks di sekolah seperti ajar pencuri mencuri dengan betul. Janganlah kita menjadi golongan Muktazilah iaitu golongan yang menggunakan akal logik dalam urusan agama. Marilah kita semua pulang ke pangkal jalan. Pulanglah kepada wasiat Nabi. Pulanglah kepada al-Quran dan sunnah nabi. InsyaAllah kita selamat di dunia dan di akhirat. Terima kasih Nik Aziz!

nik aziz
Dengan gaya penuh tawaduk, Nik Aziz mengeluarkan hujah yang hebat.
KOTA BHARU 2 Julai – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
Mursyidul Am Pas itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ”zina” dan bukan ”seks bebas” seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2010/07/nik-aziz-ajar-seks-di-sekolah-seperti-ajar-pencuri-mencuri-dengan-betul/#ixzz1RLOoGSrZ

No comments:

Post a Comment