Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan
sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang
mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah
terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21
ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah
beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim
dengan kisah sirah baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma
dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan
sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia
akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda
Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma
adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah
sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang
terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.
Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya
denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling cepat diproses dan
diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya
(monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma
berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.
Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa
(disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim
sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka
puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada
terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana
pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat
untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan
bergoreng yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada
kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat
kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap
buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah
anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya
terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa
zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan
kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama
sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan
kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan
air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung
dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk
menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya.
Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita
mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma
semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah
mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma
sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya,
nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik
untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan
akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang
dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari
daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus
seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan
sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan
zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Artikal diculik dari SINI
Akhir kata, Selamat Berpuasa, semoga puasa kali ini memberi seribu erti dalam kehidupan kita. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment