Thursday 19 April 2012

Tawaran Belajar!!!

Assalalualaikum

Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Julai 2012)

Program Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan kali ini:
PTP-1 PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (1 tahun)(Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal,Proses dan Pengeluaran) - Untuk Lepasan Diploma


SYARAT-SYARAT MEMOHON
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut: Warganegara MalaysiaMemiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1hb Januari 2012. Bujang, sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

DAN
Mempunyai kelayakan minimum SPM/SPMV seperti berikut:
1. Kepujian dalam Matematik Moden atau Matematik Tambahan.
2. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut: Kimia, Fizik, Biologi, Sains, Sains Tambahan atau mata pelajaran teknologi yang berkaitan.
3. Kepujian dalam satu (1) mata pelajaran lain.
4. Lulus dalam Bahasa Malaysia/Melayu.
5. Lulus dalam Bahasa Inggeris.
Mohon Sekarang: http://instep-online.my/

Tolong bagitahu kawan supaya kawan bagitahu rakan, agar rakan bagitahu saudara, semoga saudara bagitau kenalan... cepat3x... masa amat mencemburui anda..
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
Wasalam...

2 comments: