Alumni SMKKB telah mula bergiat aktif dengan pelbagai program yang
bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta ukhuwah antara bekas-bekas
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban (SMKKB) bermula daripada
lepasan yang pertama sehinggalah yang masih menuntut ilmu di SMKKB. Alumni ini
bukan hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja, tetapi juga kepada tenaga
penggerak SMKKB. Salah satu program tahunan Alumni adalah Majlis Sambutan Hari
Raya Aidilfitri. Sambutan hari raya ini merupakan yang kali ketiga diadakan di
SMKKB. Seperti tahun sebelumnya, sambutan hari raya ini akan diadakan secara
berkala iaitu pada tarikh 4 Syawal setiap tahun. Tenaga pengajar SMKKB serta
bekas pelajar SMKKB amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Sehubungan dengan ini, diharap agar
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri X-Qbems Nation dapat dijalankan dengan
lancar dan sempurna. Kerjasama
daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga usaha murni ini diberkati dan
mendapat ganjaran setimpal daripada Allah S.W.T.
Dengan perlaksanaan program ini, diharap para alumni
SMKKB serta tenaga pengajar SMKKB ini
akan mencapai objektif program sebagaimana berikut:
- · Mengeratkan ukhuwah antara bekas-bekas pelajar SMKKB serta tenaga pengajar SMKKB.
- · Menjadi memori terindah dan kenangan yang berharga sepanjang berada di SMKKB.
- · Menjadi medan pertemuan antara sahabat-sahabat yang telah lama terpisah.
- · Dapat mengetahui di mana bekas-bekas pelajar graduan SMKKB belajar sekarang.
Bayaran keahlian tahunan boleh dilakukan pada hari kejadian berjumlah RM10 sahaja.
Kepada ahli yang telah berkeluarga, digalakkan membawa suami/isteri dan anak (kalau ada) bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Sebarang info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Akhir kata, Selamat Hari Raya.. Maaf
Zahir Batin..
No comments:
Post a Comment